Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pemasangan meter air percuma, rahmat Sentuhan Kasih kepada Penduduk Tg Aru

Saddi berucap
Antara hadirin yang hadir
Saddi melaungkan 1 Malaysia yang disahut oleh hadirin
Saddi menyampaikan sumbangan Mock Cek RM17, 000 bagi pemasangan meter air kepada penduduk Tanjung Aru 
Sebahagian daripada 120 penduduk yang menerima sumbangan wang tunai daripada Saddi di bawah program sentuhan kasih
Saddi memberikan bantuan 19 buah mesin jahit kepada penduduk Tanjung Aru

Seramai 170 buah keluarga mewakili 1,000 penduduk di kampung ini boleh menarik nafas lega apabila Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengumumkan bantuan meter air percuma kepada setiap rumah kediaman di sini di bawah pembiayaan program sentuhan kasih.

Ini bermakna, setiap keluarga tidak lagi perlu membayar pemasangan meter sebanyak RM240 kepada Jabatan Air, sebaliknya hanya menanti projek penyambungan bekalan air dari dasar laut Sandakan-Tanjung Aru bernilai RM 21 juta yang beroperasi dalam masa terdekat.

Di bawah program bantuan itu, Saddi menyampaikan sumbangan sebanyak RM17,000 daripada lebih RM40,000 untuk tujuan itu  kepada 50 pemohon yang sudah didaftarkan,  manakala 120 pemohon lagi akan menerima sumbangan yang sama dalam masa terdekat.

“ Oleh kerana penyambungan bekalan air di Kampung Tanjung Aru melalui saluran dasar laut ini satu sejarah penting, maka saya memberikan sumbangan meter percuma  agar  membolehkan lebih 1,000 penduduk yang mendiami kawasan ini  merasakan sedikit keselesaan menerusi sumbangan program Sentuhan Kasih yang diilhamkan Ketua Menteri di bawah peruntukan lebih RM30 juta pada  Bajet Negeri 2012 lalu,” katanya.

Berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sentuhan Kasih Mukim Tanjung Aru di dewan serbaguna kampung itu pagi ini, Saddi berkata, sumbangan beliau itu adalah sebahagian daripada keperhitanannya terhadap nasib rakyat di kawasan itu yang sekian lama memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Pada majlis tersebut, para penduduk berkenaan turut menerima bantuan wang tunai dan 10 buah mesin jahit, diikuti sumbangan kerusi pelastik dan wang tunai kepada 30 ketua keluarga mewakili Tanjung Aru Ulu, 30 ketua keluarga Tanjung Batu Darat, 38 keluarga Tanjung Batu Laut, 8 keluarga mewakili kampung Semangat dan 1,200 keping zink kepada penduduk sasaran di mukim berkenaan. Sebuah keluarga yang didapati mengalami kerosakan kediaman di mukim itu turut  menerima bantuan wang tunai RM5,000, kemudahan zink dan kemudahan tangki air. 

“Saya sesungguhnya bersikap telus dalam pemberian bantuan Sentuhan kasih ini. Saya mahu setiap rakyat yang memerlukan wajib diberikan pembelaan. Saya sendiri merasa bersyukur kerana program bantuan di bawah bajet negeri ini dapat meningkatkan lagi keperihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat khususnya di kawasan Dun Sukau yang sebahagiannya masih ketinggalan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Wakil Presiden MPS, Haji Wahab Haji Alpa, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Kinabatangan, Madinin Jimin, para pegawai mewakili Polis, JASA dan para pemimpin masyarakat mewakili Unit PKR dan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dalam kawasan Dun Sukau.

Kata Saddi, beliau amat merasa bersemangat dengan adanya peruntukan sedemikian kerana selain dapat melihat dan mendengar masalah rakyat, dapat memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Syukurlah saya dapat melihat perubahan pembangunan di semua kampung yang semakin baik termasuklah dalam Tanjung Aru ini yang sudah mendapat penarafan Tiga Bintang dalam bentuk pembangunannya yang diberikan oleh UPKR Dun Sukau sebelum ini

“Kalau Pengerusi JKKK, Ketua Kampung dan rakyat berkerjasama membangunkan kampung, sudah tentu taraf kampung ini akan berubah menjadi empat bintang di masa akan datang,” katanya.

Untuk itu, kata Saddi, masyarakat di kawasan ini perlu meningkatkan semangat berkerjasama dan bersatu untuk terus menyokong usaha pembangunan Kerajaan BN.

“ Kalau kita terus bersatu dan memberikan sokongan kepada BN, lambat laun kampung ini akan maju ke hadapan setanding dengan kampung-kampung maju di daerah lain. Sudah tentu penyediaan projek bekalan air Dasar Laut ke sini memberikan suatu limpahan besar kepada program ekonomi jangka panjang rakyat,” katanya.