Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

ADUN Sukau mahu semua projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual



 Saddi meninjau bangunan KAFA Mengaris yang perlu dipindah ke tapak lebih sesuai
Gambar bertemu rakyat
 Meninjau cadangan projek membuat perigi Batu Kampung Mengaris
Meninjau bangunan Pusat penyimpanan air Paris yang boleh siap
Meninjau bangunan kedai Sedcovest di Paris 1

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mahu semua projek pembangunan yang sudah dalam perlaksanaan  di kawasan ini dikendalikan mengikut jadual bagi membolehkan rakyat dapat menikmatinya dalam masa terdekat.


Katanya, beberapa keperluan utama seperti projek perpaipan bekalan air daripada Loji Mengaris-Kampung Paris dan Loji Mengaris –Gumantong Jaya, diikuti projek pembaikan jalan-jalan kampung dan rumah-rumah ibadat di kawasan ini perlu disiapkan untuk kemudahan rakyat.


 “Yang jelas, masih terdapat kelewatan dalam projek pembinaan pusat penyimpanan air di kawasan Kampung Paris 11. Kedudukan penyiapan projek  hanya sekitar 60 peratus itu bakal mengakibatkan masyarakat  termasuk  para peniaga di sekitar kawasan itu lewat menerima bekalan.


“ Demikian juga kemudahan asas lain seperti menaiktaraf tapak perumahan kawasan pemindahan Banjir di Kampung Mengaris. Saya difahamkan pihak kerajaan sudah mengeluarkan sebahagian dari peruntukan  projek itu tetapi belum memperlihatkan perubahan besar dalam menaiktaraf tapak berkenaan. Saya berharap tumpuan kerja oleh kontraktor terbabit diperhebatkan demi kegunaannya yang amat diperlukan rakyat,” katanya.

Menyatakan demikian ketika melakukan lawatan kerja ke kawasan Batu Putih dan Kampung Paris di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa  (KPD) berkata, tumpuan menyiapkan semua projek berkenaan oleh kontraktor bertanggungjawab amat wajar memandangkan semua kemudahan berkenaan sekian lama dinantikan.


Penyediaan loji Air Menggaris yang menelan lebih RM30 juta, kata Saddi sudah siap beberapa tahun lalu, bagaimanapun kerja-kerja menyalur bekalan air ke rumah-rumah penduduk dalam Dun Sukau itu bergantung kepada pengendalian projek  perpaipan berkenaan.


Saddi berkata, sewaktu meninjau projek pusat penyimpanan air Paris 11,  belum ada tanda-tanda kemudahan itu disiapkan dalam masa terdekat dan ianya sudah tentu menyukarkan para masyarakat serta para peniaga di sepanjang laluan Batu Putih Paris.


Ketika melawat 9 unit sederet rumah kedai Milik Sedcovest di  Kampung Paris 1, kata Saddi, peniaga di di situ  menuntut agar kemudahan bekalan air sampai ke tempat perniagaan mereka.


Tambah beliau lagi, sebuah kolam takungan air yang dibina pihak Sedco berhampiran bangunan kedai berkenaan untuk kegunaan para peniaga tidak akan mampu menampung keperluan bekalan itu, lebih-lebih lagi pada musim kemarau.


“ Pihak Sedcovest juga perlu meninjau keperluan bekalan ini. Jika projek bekalan air masih agak lewat agensi berkenaan termasuk Jabatan Air perlu berbuat sesuatu untuk kebaikan para peniaga di sini,” katanya.


Saddi menambah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Luar Bandar Malaysia yang membiayai projek berkenaan perlu juga membuat semakan terhadap keupayaan perlaksanaannya demi kebaikan rakyat.
Dalam lawatan lebih 3 jam di dua kampung itu, wakil rakyat itu sedang menimbang permohonan penduduk di Kampung Mengaris,   membina sebuah bangunan Kelas Kafa serta membina benteng telaga air bukit untuk kegunaan rakyat di kawasan itu.


Saddi turut meluangkan masa mengunjungi kalangan rakyat di dua kampung berkenaan bagi menjelaskan kepada mereka akan persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU13).