DALAM usaha menjayakan sistem perkhidmatan komunikasi, secara maya antara rakyat dan kerajaan di kawasan Sukau; Wakil Rakyatnya, Saddi Abdul Rahman sendiri menjadi pelopornya apabila beliau sendiri melancarkan Blog ADUN N48 Sukau.
Ini cukup jelas dan
nyata bahawa usaha sebegini menjurus kepada membantu memperkasakan urusan
perkhidmatan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N48 Sukau.
Dalam erti kata lainnya,
beliau membantu dalam menjayakan penyediaan khusus sistem Jalur Lebar yang dibekalkan
oleh empat (4) Pusat Jalur Lebar Komuniti di bawah pembiayaan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di kawasan DUN Sukau.
Selain itu cadangan
mewujudkan Pekan baru Sukau sesungguhnya mendapat sambutan baik kerajaan negeri
dengan mengumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri lepas, bahawa pihk Lembaga
Pembangunan dan Perumahan Bandar (LPPB) di bawa selia Kementerian Kerajaan dan
Tempatan dan Perumahan Negeri dipilih sebagai agensi pelaksana ke atas syor
tersebut.
Kata sumber itu lagi, agensi
tersebut juga bertindak sebagai urusetia bagi melaksanakan program pembangunan
Pekan Baru Sukau dan pada 24 Julai 2009 adalah merupakan tarikh keramat bagi
majlis Pecah Tanah Pekan Baru Sukau yang disempurnakan sendiri oleh Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman dan disaksikan sendiri oleh penduduk
setempat seramai 7,000 orang.
Pada tarikh tersebut ia
menandakan bahawa pihak kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan bagi
menjayakan lanskap pembangunan terancang itu di bawah beberapa fasa yang telah
dipersetujui; sekaligus menjadi imej baru dalam menjana transformasi
pembangunan ekonomi negeri di salah satu kawasan Pantai Timur Sabah.
Dalam pada itu kerajaan
negeri Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah dalam sidang
medianya telah bersetuju dan bersedia memperuntukan sebanyak RM200 juta bagi
melaksanakan projek Pekan baru Sukau dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10)
dan jumlah ini tidak termasuk RM270 juta bagi membina jambatan serta
menaiktaraf jalan raya Sukau-Litang yang sedia ada, akan dilaksanakan kerajaan
secara berperingat-peringkat.
Wartawan Sabhkini.net
juga difahamkan jika menjadi kenyataan kelak, Pekan Baru Sukau ini bukan saja
sekadar menyaksikan wujudnya kawasan pembangunan yang terancang, dikelilingi 42
buah kampung; namun ia mampu berperanan sebagai pemangkin serta rangkaian
ekonomi rakyat di bahagian Pantai Timur Sabah.
Suka ataupun tidak,
suara-suara sumbang dan komen-komen negatif mengenai perancangan kerajaan untuk
kebaikan rakyat haruslah dihentikan. Apalagi yang mereka mahu kalau niat
kerajaan telus dan tulus membuat kebaikan rakyat untuk menaiktaraf sosio
ekonomi rakyat, malah menjana pembangunan asas untuk kepentingan rakyat di
Sukau.
Isu ini tidak perlu
dipertikaikan oleh mana-mana golongan yang anti pembangunan dan kemajuan ia
diibaratkan anjing menyalak bukit, namun bukit tetap tidak berubah; anjing yang
terkapar-kapar kerana kepenatan.
Hanya waktu saja yang
dapat menentukannya dan yang pastinya usaha ini adalahyang lebik baik daripada
kesuraman pembangunan empat tahun sebelumnya, makanya semakin kuat Saddi
mengejarnya, semakin hampirlah rakyat Sukau meraikan kejayaan itu.
Senario ini juga
merupakan satu realiti membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga
Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dalam merealisasikan impian
pembangunan dalam Pekan Baru Sukau yang dipanggil sebagai Bandar Bio
Diversiti'.
Kesediaan seorang Ketua
Negeri yang menjadi lambang dan payung kepada kesejahteraan dan kehormatan
Sabah, Tun Hj Juhar Hj Mahiruddin melakukan upacara Majlis Pecah Tanah bagi
pembinaan Masjid Tun Juhar baru-baru ini harus disokong semua pihak demi
kepentingan dan kemanfaatan rakyat jelata