“Selamat Pengantin Baru moga kamu
berbahagia ke anak cucu”. Inilah kata-kata yang sempat disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi
Haji Abdul Rahman ketika majlis merenjis sepasang mempelai Najib Nasrin dan
isterinya Mirawati Nasrang pada majlis persandingan mereka di Dewan Masyarakat
Sandakan di sini, Sabtu lalu.
Walaupun sibuk mengurus rakyat
pada siang hari, tetapi Saddi meluangkan waktu menghadiri majlis persandingan bermula pukul
7.00 malam yang turut dihadiri lebih 800 orang tetamu, merupakan antara
keluarga terdekat beliau. Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Bahagian Kinabatangan, Matmin Itin, Ketua Daerah OKK Titing Putang, Pemimpin
Kemajuan Rakyat, Shahrin Haji Abdul Rahman, Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Encik Pastor Haji
Mansor, KAN Persisiran Pantai, Ustaz Redzuan Baharum, Penyelia Masyarakat,
Nasran Salim, Wakil Ketua Anak Negeri, Haji Zukrana Haji Zakaria. Sebelum itu bacaan doa bagi
merestui kehidupan pasangan itu dipimpin oleh Cikgu Suar Bin Malapas