Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Produk pelancongan baru yang berpotensi dari Kg Abai

Saddi menikmati Durian bersama Ketua Kampung Abai, Jamal Engau dan Pengerusi JKKK, Tahir Mastar berserta beberapa orang penduduk kampung
Pohon durian di Kampung Abai yang masih banyak berbuah
Inilah Produk Abai’ katanya sambil menunjukkan Udang Gala yang dinikmati beliau bersama penduduk kampung ketika makan tengahari dalam lawatan kerja ke kampung itu
Saddi berehat bersama kakitangan UPKR Sukau di Abai Resort
Mendengar taklimat seorang pengusaha pelancongan di Abai dan Tahir


Buah-buahan seperti ‘durian kampung’ dan beras padi sawah adalah antara produk tambahan yang perlu ditonjolkan bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini, selain makanan popular Udang Galah dan ikan patin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, kepelbagaian buah durian berisi kuning,  putih menyerupai kapas dan merah,  diikuti beras padi sawah yang diusahakan penduduk sejak zaman British boleh menjadi varity bagi melengkapi keceriaan para pengunjung, apalagi  jika berpeluang menikmatinya pada musim berbuah dan di tuai.

“ Saya juga mencadangkan para penduduk kampung supaya meningkatkan program menanam buah-buahan serta kegiatan berpadi sawah kerana ianya juga berperanan menambah keindahan kampung selain keujudan hidupan liar,  keindahan flora dan fauna di sini,” katanya.

Menyuarakan perkara itu dalam lawatan kerjanya di Kampung Abai pada Ahad, Saddi menegaskan, usaha melipatgandakan aktiviti memasarkan udang galah serta ikan patin yang terdapat di kampung Abai ke luar daerah dan negara luar terus melonjakkan nama kampung itu sebagai salah sebuah distinasi pelancongan menarik di dalam Dun Sukau, Kinabatangan.

Apalagi dengan kedudukan Kampung Abai menghampiri muara Sungai Kinabatangan, fenomena air  ‘payau’yang dihasilkan oleh pertemuan air laut dan air sungai, kata Saddi, menjadikan rasa  dan khasiat produk ikan patin dan udang gala lebih ‘berdaya selera’ berbanding di tempat-tempat lain.

Kampung Abai, bererti ‘dapat’ dalam bahasa Sungai,  terletak 45 minit perjalanan menggunakan bot laju daripada bandar Sandakan dan kurang sejam menggunakan laluan sama daripada Kampung Sukau. Selain populasi monyet belanda, buaya, gajah kerdil borneo (pygmy) serta spesis burung yang hanya terdapat di kepulauan Borneo, keindahan seperti tasik ladam, hutan bakau dan nipah, sebahagian  tarikan mengamit ribuan pengunjung eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Tenggara di sini sepanjang tahun.

Dibuka lebih 100 tahun lalu oleh para pemimpin suku itu (antaranya Aki Utar) bertujuan mencari kawasan tanah pertanian, popular sejak lebih 90 tahun lalu sejak ianya dikunjungi oleh pasangan pengembara suami isteri yang juga pembikin filem dokumentari terkenal dari Kansas Amerika Syarikat, Martin Johnson yang alik ke sini sejak tahun 1925, kurang 6 tahun perang dunia kedua tamat.

“ Sebelum kita terus mempergiatkan kempen menarik lebih ramai pengunjung, masyarakat kampung perlu memperkasakan usaha seperti mengindahkan lagi rumah-rumah homestay milik mereka. Demikian juga persekitaran kampung agar lebih indah dan memuaskan pelancong,” katanya.

Katanya, usaha menambah bilik serta memperbaiki kediaman homestay itu, katanya, akan mampu menerima lebih ramai pelawat dalam satu-satu masa selain kemudahan penginapan yang disediakan oleh sebuah syarikat pengusaha pelancongan beroperasi di situ.

Dalam menambah kedatangan pelawat  itu juga, kata Saddi, beliau menyambut baik beberapa cadangan penduduk termasuk program mengadakan pesta makan durian di kampung itu yang melibatkan  kehadiran orang ramai, dijangka awal tahun depan. Saddi kemudian  mengambil kesempatan menikmati durian putih dan merah hasil tanaman penduduk serta udang galah yang disediakan penduduk bagi menunjukkan hasil produk ekonomi kampung tersebut.