Saddi menyampaikan ucapan majlis
makan malam bersama pelajar UITM Sarawak
|
Antara sebahagian rombongan pelajar UITM yang menghadiri majlis makan malam bersama Adun Sukau |
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, para pelajar pusat pengajian tinggi di negara ini perlu memberi tumpuan kepada kejayaan ilmu dan kepakaran pelbagai bidang tanpa terikut-ikut berdemonstrasi semata mata mengikut kehendak tertentu bagi merubah Akta Universit dan Univeriti Kolej (AUKU) di negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu
berkata, kedudukan paling tepat bagi
golongan pelajar itu di menara gading ialah
menguasai segala bidang berobjektifkan
matlamat memajukan negara serta merubah
ekonomi keluarga
“ Ingat dulu betapa susahnya keluarga
serta kerajaan yang menjadikan impian para pelajar ke universiti menjadi
kenyataan. “Bukan apabila sudah di menara
gading, pelbagai tuntutan dan demonstrasi dibuat untuk menunjukkan bahawa para
pelajar kononnya mempunyai hak dan kepentingan melakukannya. Sedangkan matlamat
asal mereka mahu menguasai ilmu dan kepakaran,” katanya.
Saddi berkata demikian ketika berucap
pada Majlis Makan Malam sempena menyambut lawatan lebih 50 pelajar Universiti Institut
Teknologi Mara (UITM) Cawangan Sarawak di Ocean King, sebuah restoran makanan
laut terkenal di Pasir Putih dekat bandar ini, pada Sabtu lalu.
Kata Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa
Sabah (KPD) itu, para pelajar samada mewakili universiti awam dan swasta di
negara ini harus menerima hakikat bahawa keputusan kerajaan meluluskan
penubuhan sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini adalah berlandaskan hak serta kepentingan pendidikan rakyat dan
sejagat, bukan menerusi gerakan-gerakan subversif yang sesuka hati menghianati
kerajaan dan perlembagaan negara.
Bagaimanapun Saddi merasa lega kerana
penuntut yang mewakili UITM dan beberapa lagi IPTA khususnya di Sarawak dan
Sabah tidak terlibat dalam berdemonstrasi bagi menuntut perubahan AKta AUKU yang diwujudkan kerajaan sejak 1971. Sebaliknya, kata Saddi, para penuntut
dari salah satu rangkaian universiti awam itu harus terus berbangga kerana
tidak semua anak-anak bumiputera di negara ini memiliki peluang melanjutkan
pelajaran ke menara gading atas pelbagai kekurangan dan kekangan yang banyak
berpunca dari soal ekonomi keluarga.
Tambahan pula, katanya, penubuhan
Institut Teknologi Mara (ITM) oleh kerajaan sejak awal tahun 70an yang kemudian
dinaiktarafkan kepada sebuah universiti awam adalah dibuka khusus kepada kaum bumiputera
di negara ini yang terus berjaya
melahirkan ramai pemimpin dan pakar pelbagai bidang. “ Saya juga teruja kerana sudah dua
tahun berturut-turut dikunjungi para pelajar UITM. Sayapun tidak nampak apa kedudukan saya dihati
adik-adik pelajar. Namun pada masa akan datang saya menyarankan rombongan UITM
ini supaya melawat pula ke kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau.
“Pelajar yang berminat boleh
menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di Kampung Sukau yang merupakan
salah satu distinasi pelancongan terkenal di Asia Tanggara yang kaya dengan kepelbagai
bio khususnya membabitkan hutan hujannya serta hidupan liar yang terdapat di
dalamnya,” katanya.
Turut hadir pada majlis jamuan itu
ialah Ketua rombongan UITM yang juga Pensyarah Kanannya, Klonel (B) Saiful Mohd
Ali, Pengerusi Penganjur majlis, Shamrey Sher Mohamad dan kakitangan UPKR Dun
Sukau. Saddi mengharapkan agar majlis jamuan
bersama pelajar itu merapatkan lagi
hubungan bukan saja antara rakyat negeri ini dan Sarawak, tetapi hubungan
pentadbiran wakil rakyat Dun Sukau dengan para penuntut cawangan UITM Sarawak yang berperanan sebagai jambatan membina perpaduan
dan kemajuan kedua pihak di masa depan.
Wakil rakyat itu mengambil contoh, cawangan
UITM Sarawak boleh mengadakan pelbagai
kajian pembangunan terancang ke arah menjana
sektor pelancongan, pembangunan serta pengurusan perkhidmatan rakyat di
kawasan Dun Sukau yang luas dan terbahagi kepada dua pejabat pentadbirannya
iaitu di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan dan Majlis Perbandaran Sandakan
sejak sekian lama.