Tunggu rakyat sampai habis terima sumbangan |
Saddi menyampaikan BRIM kepada salah seorang penduduk Sukau yang uzur di dalam kenderaan |
Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat di kawasan
itu agar tidak mudah menerima pelbagai adudomba pihak pembangkang yang sengaja
berniat mencemarkan peranan dan tanggungjawab kerajaan BN membela rakyat di
kawasan ini.
Katanya, ada antara kenyataan
pihak tidak bertanggungjawab itu yang kononnya beliau tidak memperdulikan isu
tuntutan tanah penduduk di dalam kampung Sukau yang sudah dirampas oleh sebuah
syarikat perladangan di kawasan itu. “ Semua ini bukan saja dakyah
pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama baik saya, tetapi
menjerat saya supaya campurtangan dalam kes tuntutan tanah yang sudah
diputuskan pihak mahkamah. Kes berkaitan tanah berkenaan sudah dalam perhatian
perundangan sejak berpuluh tahun lalu, sedangkan saya baru menjadi wakil rakyat.
Macamana lagi kita campur.
“ Malah saya arahkan penduduk
terlibat supaya bersabar kerana kita usahakan kawasan penempatan baru. Tetapi
mereka berkeras dan terus juga menuntut tanah berkenaan walaupun sesudah
mahkamah membuat keputusan. Kuasa saya tidak sampai mengatasi keputusan
mahkamah,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa Kedua bagi kurang 1,000 orang penduduk Sukau di Dewan Sri Libaran di sini baru-baru
ini.
Selain percaya bahawa dakwaan
sedemikian sengaja dipergunakan pemimpin pembangkang yang ‘menyusup masuk’ bagi
‘memperkudakan’ segelintir individu di kawasan ini, Saddi berkata, penyokong pembangkang sentiasa akan
ketinggalan jika tidak berdamping dengan peranan dan sumbangan kerajaan yang
ikhlas membela. Saddi berkata, pihaknya sudah
menyedia dan sedang menyenaraikan berpuluh-puluh lagi program pembangunan di
kawasan Dun Sukau bagi membela rakyat secara jangka pendek dan jangka panjang.
“ Namun samada rakyat atau mereka
yang menyokong pembangkang pasti akan terus rugi dan ketinggalan selagi bersikap
prejudis terhadap segala usaha kerajaan BN termasuk yang diperjuangkan oleh
wakil-wakil rakyat yang menerima amanah ini, tidak terkecuali bantuan BR1M yang
turut dipandang serong pihak pembangkang,” katanya.
Usaha pihak tertentu
membawa pihak pembangkang ke Dun Sukau dan Kinabatangan akan menjadikan
golongan kecil itu sentiasa dalam kerugian kerana menerima konsep pemikiran
‘Mat Jenin, apalagi kerana ‘sanggup menunggu bulan dan bintang jatuh ke riba
mereka’.