Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sambutan Hari Krismas 1 Malaysia 2010.(Kinabatangan)

Yb Datuk Saddi di apait oleh Masiung & Abd Latif Kandok Pada jamuan makan malam krismas di dewan serbaguna Kinabangan.
Yb Datuk saddi menerima cenderahati dari pihak penganjur

Yb Datuk Saddi menyampaikan ucapan


SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan DUN Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat supaya tidak mempersia-siakan nilai perpaduan yang padu masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sudah sebati sebagai benteng warisan kekuatan dan kedaulatan negara.
Beliau menegaskan, sambil rakyat berbilang kaum dan agama berhak mengekalkan budaya dan amalan agama mereka yang digariskan dalam perlembagaan negara, kesatuan kerjasama yang termterai di bawah ‘kontrak sosial’ harus terus menjadi elemen bagi diterjemahkan dalam menyemarakkan semangat sebuah negara bangsa, iaitu bangsa Malaysia.
“ Hari ini segala kerjasama dan kekuatan perpaduan berbilang bangsa dan agama ini semakin diperkasakan di bawah Konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, Pencapaian Diuatamakan. Maknanya, Perdana Menteri yang kita sayangi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu setiap individu rakyat bebas dan berhak untuk melakukan komitmen yang bernilai tinggi dalam menjana pembangunan bangsa, diri dan negara menuju matlamat sebenar,” katanya,
Berucap merasmikan Sambutan perayaan Krismas Satu Malaysia peringkat Daerah Kinabatangan di Dewan Serbaguna Kota Kinabatangan di sini, Saddi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah berkata, sambutan hari krismas yang pertama kali terbuka kepaa semua kaum di daerah itu amat menepati gagasan Konsep Satu Malaysia.
“ Walaupun masyarakat berbilang kaum dan agama hadir di majlis ini tetapi saya melihat program ini adalah salah satu perayaan penting untuk rakyat berbilang kaum di kawasan ini yang perlu diperhebatkan pada masa akan datang,” katanya kepada lebih 1,000 orang yang hadir menyaksikan sambutan itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut , Masiung Banah, Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok dan pemimpin masyarakat berbilang kaum dari sekitar Dun Sukau dan Kuamut.
Katanya, walaupun sambutan malam ini bermula dengan tradisi sambutan hari Natal oleh penganut agama Kristian, tetapi secara keseluruhannya pengisian yang diadakan, disamping jamuan makan dan minum adalah untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.
Beliau menyeru kepada masyarakat di kawasan ini supaya terus memperhebatkan lagi kerjasama di kalangan mereka tanpa mengira kedudukan agama dan latar belakang, sebagai memenuhi agenda pembangunan rakyat di kawasan Parlimen Kinabatangan, khususnya di kawasan Dun Sukau dan Dun Kuamut.
“ Terus sematkan di dalam diri bahawa kita di kawasan ini adalah rakan seperjuangan dalam memajukan kawasan masing-masing. Sudah tentu dengan kejayaan kita bersama akan meletakkan negara secara keseluruhannya sebagai negara modal perpaduan dunia sejagat,” katanya.
Selesai.