Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PENYAMPAIAN BANTUAN WANG EHSAN MANGSA BENCANA BANJIR DAERAH KINABATANGAN

Datuk Saddi menyampaikan bantuan wang ehsan kepada salah seorang penerima sijil sambil diperhatikan oleh Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin, Sharin, Pastor dan bahri.
Datuk Saddi berpeluang mendengar penjelasan rakyatsambil diperhatikan oleh Madinin.




Datuk Saddi menyampaikan Ucapan sempena majlis Pemyampaian bantuan wang Ehsan mangsa bencana banjir.
SUKAU :

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman memberi amaran rakyat luar bandar khususnya di kawasan ini bakal berhadapan suasana paling kritikal memajukan ekonomi selagi isu pemilikan tanah di kalangan mereka gagal diselesaikan.

Beliau menegaskan, selain saiz tanah yang pernah diwartakan kerajaan terhadap mereka sekian lama semakin mengecil kerana direbut dan ‘diperdayakan’ pihak luar, sistem rangkaian perkhdimatan yang ‘rapuh’ bermula dari peringkat pimpinan akar umbi hingga ke pegawai-pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan bakal memusnahkan impian menjayakan ekonomi yang boleh diwarisi turun temurun itu.
“ Saya mengambil contoh kawasan tanah di kampung Litang ini kalau dulu kerajaan memperuntukkan seluas lebih 3,000 ekar untuk program pertanian para pekebun kecil setempat. Tetapi kerana ianya gagal dikawal dan terus memudahkan pihak tidak bertanggungjawab memilikinya secara ‘tamak’, kawasan tanah ini tinggal lebih seribu ekar.
“ Masalah seumpama ini berlaku di banyak kampung di dalam Dun Sukau yang menjadikan rakyat semakin terpinggir. Keadaan ini lebih bertambah rumit jika ada pihak yang dipertanggungjawabkan kerajaan bersifat ‘ harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.
Berucap di Majlis Menyampaikan Bantuan Wang Ehsan Bencana Banjir Majlis Keselamatan Negara bagi masyarakat Kampung Litang, Tidung dan Dagat di Dewan Serbaguna Kampung Litang di sini pagi kelmarin, Saddi berkata, isu tanah rakyat sedemikian hanya mampu diselesaikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu Barisan Nasional (BN) melalui langkah-langka pengurusan yang teratur dan berkesan.
Saddi berkata, ke arah ‘menyalami’ keseluruhan masalah berhubung isu tanah di seluruh kawasan Dun Sukau ini, pihaknya sedang menyediakan pelan penyelesaian di bawah ‘makmal khas’ pengurusan yang mula digerakkan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau.
Katanya, makmal itu yang mula digerakkan awal tahun depan akan memperincikan segala masalah dan penyelesaiannya untuk tindakan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat secara berjadual, dengan rakyat atau pemohon tanah akan mendapat penjelasan secara pantas dan menyeluruh.
Makmal dipengerusikannya itu bakal berhadapan dengan beberapa isu paling serius seperti isu tanah Koyah A, B,C. Isu Tanah Sungai Pin yang melibatkan tanah milik pekebun kecil disediakan kerajaan lepas, diikuti isu tanah di Gomantong Jaya dan isu tanah Sekang yang digazetkan di bawah Tanah Rezab Perumahan Anak Negeri.
Katanya lagi, selain di peringkat jabatan tertinggi yang lain, mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah atau LUC yang akan diadakan sebulan sekali dipengerusikan Pegawai Daerah berkenaan berperanan sebagai ‘penentu’ setiap kedudukan permohonan tanah rakyat di kawasan ini.
“ Makmal tanah, diikuti soal penyelesaian isu kemiskinan rakyat di bawah Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) dan E Kasih akan digerakkan secara sepadu mengikut kaedah penyelesaian kerajaan persekutuan di bawah NKRA sebagai indeks petunjuk prestasi (KPI) saya memberikan khidmat.
“Saya mengharapkan agar segala permasalahan yang tentunya melibatkan peranan semua jentera kerajaan berkaitan ini dapat diselesaikan 50 peratus menjelang tahun 2012,” katanya yang menegaskan semua isu dibangkitkannya sebagai amat serius dihadapi rakyat di kawasan ini.
Mesej ucapan wakil rakyat itu terus mendapat tepukan dan jeritan sokongan lebih 200 penduduk yang hadir sebagai bukti mahu segala masalah yang dihadapi mereka selama ini diselesaikan.
“ Saya datang ke sini bukan bercakap retorik. Saya juga tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang. Tetapi sebagai bekas kakitangan kerajaan, saya tahu segala peramasalahan rakyat ini dapat diselesaikan dengan kerjasama rakyat, pimpinan akar umbi dan kakitangan sebuah kerajaan yang kuat seperti Barisan Nasional,” katanya yang turut mendesak agar semua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung di kawasan ini bersikap lebih proaktif ke arah membawa Dun Sukau sebagai kawasan maju di tahun 2020.
Katanya, pemimpin berkenaan boleh turut memberi penjelasan tegas kepada mana-mana pihak yang keliru dan ‘mempolitikkan’ pendekatan dan falsafah perkhidmatannya lebih ditumpukan kepada pembelaan sebenar rakyat di kawasan ini.
Dengan turut menyentuh kewujudan Pekan Baru Sukau bakal memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat di kawasan ini dengan cadangan mengujudkan jambatan kedua yang boleh memudahkan sistem perhubungan ke seluruh mukim Litang sebelum ke Lahad Datu dan Tawau,

Saddi berkata, rakyat harus mula ‘mengeksploitasi’ peluang tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Saddi mahu pihak MKN perlu bertindak lebih realistik dalam menyediakan bantuan bencana banjir yang berlaku setiap tahun di kawasan Kinabatangan meliputi bantuan kewangan dan kemudahan kediaman mangsa-mangsa itu yang dilakukan secara pantas dan strategik berasaskan kesesuaian persekitaran rakyat.
“ Saya turut menawarkan kepada MKN, jika menyediakan kemudahan penempatan baru mangsa banjir, ia boleh dibina di kawasan Pekan Baru Sukau yang menyediakan lanskap perumahan dan pembangunan pekan baru yang amat teratur dan strategi kepada masa depan ekonomi Dun Sukau,” katanya.
Selesai.