Sebahagian daripada kampung di Sukau hanya boleh dihubungi menerusi laluan sungai Kinabatangan |
[ADMIN] RM 84 juta yang telah dan bakal disumbangkan oleh Sime Darby (YSD) dilihat hanya memanfaatkan pihak NGO dan operator industri pelancongan dari luar yang mendominasi industri ini di Kinabatangan. Kenyataan ini berdasarkan fakta di mana mereka ini (para konservator alam sekitar dan hidupan liar, serta operator pelancongan) yang memulakan aktiviti sejak 20 tahun lalu telah berkembang-biak bak cendawan tumboh di musim hujan.
Sejak itu puluhan juta atau mungkin ratusan juta ringgit telah disumbangkan oleh penyumbang-penyumbang dana dari dalam dan luar negara. Dan apa yang kita lihat pada hari ini, ekonomi penduduk tempatan khususnya kawasan sukau masih di tahap miskin dan sesetengahnya berkeadaan dhaif. Ramai anak muda dan warga kampung telah hijrah ke bandar termasuk bandar-bandar besar di semenanjung.
NGO dan operator pelancongan tidak berupaya menampung serta memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan, pencemaran tidak dapat dibendung dan di tahap kritikal. Hasil-hasil sungai menghampiri kepupusan ditambah dengan populasi buaya yang semakin mengancam keselamatan penduduk. Perusahaan ikan dalam sangkar bagi penduduk pesisir pantai terjejas akibat limpahan toksik dari ladang-ladang kelapa sawit. Di Kg Sukau sahaja, lebih kurang 20 buah homestay yang berdaftar, kini tinggal hanya sebilangan kecil yang beroperasi dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Perkampungan tradisi suku kaum sungai di tebing-tebing sungai Kinabatangan semakin terhakis akibat kekangan demi kekangan. Keadaan ini menunjukkan kehadiran NGO-NGO ini perlu dikaji semula.
Fenomena yang melanda rakyat bukan lagi bersifat fenomenal, ianya telah mengancam keseluruhan kehidupan penduduk secara berterusan, dan NGO selaku konservator gagal menanganinya. Kemanakah mengalirnya sumbangan dana sejak sekian lama. Dan, adakah kehadiran NGO ini sebagai penyumbang kepada kelestarian alam sejagat dan ekonomi atau di sebaliknya. Persoalan-persoalan yang diutarakan perlu dijawab oleh mereka-mereka yang membantah pembinaan jambatan ini sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan berasaskan kertas kajian tidak seimbang.
Sudah sewajarnya kerajaan negeri dan persekutuan mempertimbangkan signifikan pembinaan jabatan ke 2 sukau Kinabatangan sebagai “keperluan masa hadapan” seperti yang diungkapkan oleh YB DSP Masidi Manjun, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar. Jambatan bernilai RM 223 juta yang menjadi pertikaian NGO tersebut tidak bersifat komersil malah bersifat mesra ekosistem, bakal menjana ekonomi kawasan DUN N48 Sukau secara mapan dan selaku komponen, atau mekanisme paling penting dalam pewujudan pusat daerah baru di pekan sukau yang bakal dimaterialisasikan. Jambatan ke 2 adalah hak rakyat, nilai RM 223 juta tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan sokongan rakyat Kinabatangan terhadap kerajaan sejak selepas merdeka.
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman yang telah mencetuskan idea pembinaan JAMBATAN KE 2 SUKAU KINABATANGAN di samping pewujudan PEKAN SUKAU dan PUSAT PENTADBIRAN DAERAH baru sebagai wadah perjuangannya bagi membela nasib rakyat dan menentukan halatuju TRANSFORMASI kawasan DUN N48 SUKAU.
#NajibRazak
#MusaAman
#SukauBridge