Kenapakah Jabatan kerajaan persekutuan seperti PDRM dan Jabatan Pendidikan masih terkapai-kapai mengenai Isu membabit permohonan tanah yang melibatkan Suruhanjaya Tanah Persekutuan? Di mana silapnya tanah yang diperuntukan kepada Jabatan ini yang telah tersedia ditapak pembangunan Pekan Baharu Sukau sejak Tahun 2009 lagi tetapi masih gagal Di pohon oleh jabatan-jabatan ini. Mengakibatkan projek cadangan balai polis serta Sekolah Rendah Pekan Sukau II tidak dapat dilaksanakan gara-gara kedua-dua Jabatan ini gagal mendapat persetujuan Suruhanjaya Tanah Persekutuan. Itulah antara isu penting yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pekan Baharu Sukau yang bermesyuarat pagi ini Di ibu pejabat LPPB Kota Kinabalu yang saya hadiri..