Kunjungan hormat HUTAN - Kinabatangan Orang-utan Conservation Project (KOCP) yang diketuai pengarahnya Dr Isabelle Lackman dan Dr Mark Ancrenaz bersama beberapa kakitangan, dilihat sebagai suatu inisiatif kearah mewujudkan hubungan dan persefahaman serta kerjasama bilateral antara kedua pihak.
YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman yang menerima kunjungan tersebut dipejabatnya di Wisma Pertanian Kota Kinabalu, amat terbuka dalam perbincangan pelbagai isu yang menjurus kepada pembangunan seimbang. Dalam pada itu, HUTAN, sebuah NGO Perancis yang berpangkalan di Kg Sukau sejak lebih 20 tahun lalu dan bergiat aktif dalam konservasi hidupan liar dan alam sekitar terutama sekali orang utan menyatakan sokongan terhadap pembangunan infrastuktur untuk kesejahteraan manusia sejagat disamping meletakkan kepentingan konservasi sebagai asas pertimbangan dalam sesebuah pembangunan yang akan dilaksanakan.
Dalam konteks pembinaan Jambatan Ke-2 Kinabatangan ini, kedua pihak bersetuju ianya memenuhi keperluan sejagat dan wajar diteruskan.