Kg Tundun Bohangin 8 Mac 2017 : Pagi ini, dalam keadaan hujan yang tak henti-henti dan laut bergelora seorang remaja tenat telah dibawa ke pusat rawatan di Bandar Sandakan untuk mendapatkan rawatan. Dalam keadaan cemas serta kesukaran untuk mendapatkan bot, dengan izin Allah SWT, mujur ada sebuah bot Jabatan Perhutanan berkuasa tinggi sedang ‘standby’ di Kulamba Field Centre yang berhampiran.
Terima kasih kepada Jabatan Perhutanan yang telah membantu, kita doakan semoga remaja tersebut cepat mendapat rawatan dan cepat sembuh.
Dalam konteks jambatan ke 2, jika ia terbina pesakit boleh dibawa ke pusat rawatan di Pekan Sukau dengan masa perjalanan bot hanya 10 minit ke Kg Sri Ganda dan 40 minit dengan kereta ke Pekan Sukau berbanding perjalanan bot ke Bandar Sandakan yang memakan masa sehingga lebih 4 jam.