Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Belia teguh berdiri disamping Adun Sukau..


Pemimpin Persatuan Belia Suan Lamba
Pengerusi Gerakan Belia Kg Mumiang


Beliau memang seorang pemimpin bukan saja untuk semua golongan tetapi berupaya mewakili golongan belia. Kerana beliau seorang yang terbuka, progresif dan bijak mengambil hati.”

Itu kata Mahmud Tassan, Pengerusi Gerakan Belia Kampung Mumiang yang merupakan penganjur Program Mesra Belia peringkat Mukim itu yang turut dilancarkan wakil rakyat Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman baru-baru ini.

Kata Mahmud, sebagai salah seorang bekas Ketua Pemuda bahagian, salah sebuah parti komponen BN, dia mengakui  Saddi memang seorang pemimpin yang dinamik dan liberal bukan saja untuk semua rakyat tetapi golongan itu.

“Pengetahuan dan cara beliau memberikan ucapan bukan saja memberikan peransang kepada kami. Tetapi beliau dapat menggunakan pengalamannya sebagai bekas seorang pegawai  kerajaan yang baik, untuk memberikan dorongan dan keyakinan kepada seluruh rakyat tentang keperihatinan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Bendahari Gerakan Belia kawasan itu, Ibrahim Wahab, 34 mengakui kenyataan itu dan berikrar bahawa semua belia gabungan kawasan persisiran pantai Dun Sukau akan bersatu menyokong kepimpinan Saddi dan BN di kawasan itu.

Pengerusi Persatuan Belia Suan Lamba, Yasli Aman Japar, 33 berkata,  lebih 700 orang golongan belia yang dikenalpasti di kawasan itu telah memberikan sokongan padu kepada Saddi di atas sumbangannya di kalangan anak-anak peneroka di kawasan tersebut.

“Semuanya komitmen yang telah dimainkan oleh wakil rakyat ini. Apalagi dengan kesudian beliau hadir merasmikan Program Mesra Belia Suan Lamba bersama Pemimpin di kawasan itu bulan lepas,” katanya.

Katanya, Persatuan Belia Tersebut yang sudahpun menerima sumbangan wakil rakyat itu akan mempastikan golongan di bawah usia 40 tahun di kawasan tersebut yang mencecah lebih 1,000 akan didaftarkan di bawah persatuan itu.

Bekas Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau ketika era kerajaan PBS, Awang Baharin Haji Buang mengakui peranan yang dimainkan Saddi dalam mendekati golongan belia di kawasan ini sebagai ditahap yang terbaik setakat ini.

“Sebagai seorang yang masih mendekati golongan ini khususnya dalam bidang muzik, saya amat mengakui peranan yang dimainkan Saddi bukan saja begitu menarik golongan ini.  Kita amat mengharapkan kepimpinan seperti ini dikekalkan sampai bila-bila demi mencapai sasaran perpaduan dan keharmonian bersama,” katanya.

Sementara itu, Pemaju Mukim Paris, Samry Sher Mohamad berkata, pelbagai acara menarik bakal diadakan sempena Program Mesra Belia Peringkat Mukim Kampung Paris 13 Mei ini.

Ianya bukan saja melibatkan aktiviti yang mendekatkan golongan  itu  dengan masyarakat setempat tetapi menjadi antara platform penting bagi menjelaskan segala khidmat dan dasar-dasar kerajaan ke atas rakyat, khususnya di kawasan terlibat.

“Antara program yang menarik ialah konvoi mengiringi lawatan Datuk Saddi menggunakan kenderaan pacuan empat roda, persembahan nyanyian oleh artis tempatan terkenal dan program ramah mesra bersama rakyat dan pemimpin setempat di kawasan itu,” katanya.