Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Penyerahan geran tanah peneroka Suan Lamba - Kata Dikota Janji Ditepati


Saddi menyampaikan ucapan
Saddi menyampaikan geran kepada Saudara Musli, salah seorang waris peneroka asal di suan Lamba
peneroka yang menerima geran tanah daripada pihak kerajaan negeri bergambar beramai-ramai bersama Datuk Saddi (tengah)

“Apa yang berlaku hari ini bukan atas janji.  Namun  saya berusaha menyelesaikan harapan rakyat isu geran tanah Peneroka Suan Lamba hangat disuarakan rakyat pada kempen Pilihanraya umum ke 12 (PRU12) yang lalu.

“Saya pasti,  jika rakyat dan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus sepakat dan berkerjasama banyak lagi kejayaan  kita raihkan, khususnya dalam memenuhi kemajuan sosioekonomi dan pembangunan rakyat  Dun Sukau,” kata  Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Kata Saddi, tidak ada paling utama buatnya, apabila rakyat di kawasan ini sedia menyuarakan segala permintaan mereka untuk menyelesaikan segala isu-isu ekonomi dan pembangunan yang tertangguh sekian lama,  hanya atas sebab kekangan dari sudut peraturan, soal hubungan antara rakyat serta kerajaan dan sebagainya.

Sebagai wakil rakyat  yang diamanahkan kerajaan BN dan rakyat di kawasan ini, tegasnya,  beliau yakin segala persoalan yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan walaupun mengambil contoh kepada isu pengeluaran geran tanah peneroka berkenaan yang  penyelesaiannya dilakukan selepas  penentian mereka hampir 40 tahun.

“Hari ini, impian bersama kita ini , akhirnya geran tanah yang dimaksudkan dapat kita sampaikan.
“Walaupun pada fasa pertama ini hanya 45 orang saja penerimanya, tetapi ianya bukan soal jumlah atau kuantiti. Tetapi yang penting,  kesungguhan kerajaan BN bagi menyerahkan hak rakyat ini sudah terbukti dapat ditunaikan,” katanya.

Berucap di hadapan  hampir 3,000 orang rakyat Dun Sukau yang menyaksikan program Penyerahan Geran Tanah Peneroka LKTNS yang kini dimajukan Syarikat Broneo Samudera , sebuah badan pelaburan kerajaan negeri  di Padang Suan Lamba di sini pada Rabu, Saddi yang juga Pengerusi Pembangunan Desa (KPD) berkata, usaha permulaan itu membuktikan kerajaan komited untuk menyerahkan geran tanah berkenaan kepada rakyat di kawasan tersebut.

Katanya, bagi mana-mana peneroka lain yang ingin memiliki geran tersebut serta memajukan tanah masing-masing tanpa terikat dengan pihak kerajaan, golongan itu hanya perlu membayar balik segala hutang piutang mereka dan boleh membangunkan tanah tersebut mengikut kehendak masing-masing.

Difahamkan, lebih 150 peneroka daripada 215 orang peneroka di skim yang masih belum memperolehi geran tanah mereka akan memiliki dokumen tersebut dalam masa terdekat, dengan ianya akan dimiliki secara mutlak sebaik saja setiap peneroka terlibat tidak lagi terikat dengan perjanjian dengan pihak Borneo Samudera Sdn Bhd, salah sebuah badan pelaburan kerajaan negeri bagi membangunkan tanah pemiliknya secara usahsama.

“Saya amat yakin jika para peneroka di kawasan ini atau di seluruh negeri umumnya berusaha gigih, mereka masing-masing akan memilik geran tanah dan menjadi golongan peneroka yang mampu menjadi tunggak masyarakat setempat, sebagaimana yang dicita-cita kerajaan negeri selama ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil kepada pengurus Besar LKTNS yang juga Penasihat Pembangunan Ekonomi Luar Bandar agensi itu, Haji Jilis Haji Ismail, Pengurus Ladang Sapagaya, Abdul Tee yang mewakili pihak Sawit Kinabalu, manakala  Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur diwakili oleh pegawainya di Sandakan, Alan Chua.

Sehubungan itu, Saddi berkata, kerajaan negeri dan persekutuan amat serius dalam menyelesaikan segala isu dan keperluan pembangunan rakyat di kawasan Dun Sukau.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke 10 hingga meliputi ‘Rolling Plan’ Kedua, kerajaan BN telah memperuntukkan berjumlah RM182.82 juta untuk tujuan pembangunan di seluruh kawsan ini yang sebahagian besarnya dikhususkan kepada keperluan prasarana rakyat.

Katanya, peruntukan yang melibatkan penyediaan sembilan buah projek penting itu membolehkan rakyat kawasan ini merubah suasana sosioekonomi mereka yang lebih kondusif berbanding masa lampau.

“Menerusi peruntukan yang begini besar, rakyat di beberapa kawasan tumpuan akan dapat menikmati kemudahan bekalan air bersih hingga ke kediaman mereka seperti berlaku  di Kampung Tanjung Aru, Batu Putih, Sukau dan Bilit hingga Suan Lamba.

“Peruntukan ini sebenarnya  belum lagi melibatkan kos banyak projek-projek kecil Dun yang telah disiapkan. Kita bersyukur, peruntukan ini 60 peratus mampu menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi hanya dalam tempoh empat tahun, berbanding 0 peratus sebelumnya.

“Ia diikuti isu pemberian geran dan pengukuran tanah rakyat di beberapa buah kampung juga mencapai 40 peratus berbanding  tidak ada sebelumnya, melainkan atas usaha indvidu pemilik tanah terlibat,” katanya.

Kata Saddi, selain pihaknya melalui Jawatankuasa Tindakan Unit PKR Dun Sukau telah menyediakan empat makmal khas termasuk mengenai isu tanah yang perlu diselesaikan, kemiskinan, pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasan ini, tumpuan terhadap usaha menseimbangkan jurang ekonomi rakyat di kawasan ini dan bandar diberikan tumpuan yang khusus.

“Sesungguhnya tempoh empat tahun yang dilalui membolehkan kita menyediakan banyak perancangan pembangunan. Antara kunci kejayaan yang paling penting, rakyat di kawasan ini harus terus berkerjasama dengan kerajaan demi menyeiesaikan apa juga keperluan dan tuntuan mereka selama ini,” katanya.

Pelbagai acara diadakan sempena program itu antaranya persembahan pentas oleh beberapa orang artis tanahair, antaranya penyanyi berirama dangdut, Mas Iday dan  Ampal (Abu Bakar Ellah), diikuti persembahan dua orang penyanyi Sandakan FM dan acara cabutan tiket bertuah yang menawarkan beberapa hadiah menarik.

Saddi turut menghadiahkan dua buah lagu untuk rakyat kawasan itu dengan  lagu ‘Ayah dan Ibu’, sempena hari Bapa yang baru saja disambut.