Saddi sebelum itu menerima kunjungan mantan PKR Dun Sukau di era kerajaan PBS, Ahmad Samsi di pejabatnya di Labuk Jaya, Sandakan |
“Perkasakan penyertaan pemimpin akar umbi dalam setiap
program agar mereka menerima khidmat dan
penjelasan parti dan kerajaan,” demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.
Mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Unit PKR Dun
berkenaan, Saddi berkata, penjelasan
yang diterima oleh setiap pemimpin akar umbi bukan saja menjayakan agenda
kerjasama dan perpaduan Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan ini.
“Tetapi memudahkan setiap rakyat mendapat setiap maklumat
lengkap berkaitan perancangan kerajaan baik yang datang dari kerajaan negeri
dan persekutuan.
“Kerana ini akan dapat dijelaskan secara mudah mengikut
dasar dan peranan para pemimpin di peringkat akar umbi seperti JKKK, Ketua
Kampung yang kebanyakannya juga menjawat jawatan ketua-ketua Umno Cawangan,”
katanya.
Saddi berkata, masalah logistic dan teknikal menyebabkan antara
punca kelemahan yang dihadapi oleh kakitangan UPKR kawasan Dun ini melibatkan
penyertaan pimpinan akar umbi dalam beberapa acara penting.
Dalam pada itu, Saddi turut mencadangkan agar seluruh
masyarakat (kampung) juga turut dilibatkan dalam sebarang aktiviti parti dan
kerajaan yang dianjurkan di kawasan berkenaan.
“Jangan kecualikan penduduk kampung. Mereka perlu dijemput
walaupun secara rasmi. Kerana inilah cara kita mahu mempastikan setiap individu
rakyat dilibatkan dalam program-program yang memberikan faedah kepada rakyat.
“Lebih-lebih lagi pilihanraya sudah menjelang tiba, kita
sudah wajib mengunakan ‘kuasa turbo’ untuk terus meyakinkan rakyat terhadap
keikhlasan khidmat dan pembelaan
kerajaan BN,” katanya.
Saddi turut mengulangi
seranannya empat bulan lalu kepada kakitangan unit itu agar setiap mereka bersedia membawa ‘bantal
dan tilam’ ke kampung masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab berkesan.
“Seperti yang saya nyatakan kepada para rakyuat Dun Sukau, saya sudahpun berbuat demikian dan
rakyat boleh menemui saya pada masa-masa tertentu di rumah kediaman bapa saya
di Kampung Perpaduan,” katanya.
Selain PKR Dun Sukau Sharin Haji Abdul Rahman, mesyuarat
lebih sejam itu turut dihadiri oleh para pemaju mukim, Penyelia Masyarakat dan
Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun itu, Amirudin Mohd Damit.
Dalam pada itu,
jawatankuasa tindakan UPKR itu turut menyediakan beberapa program
terdekat antaranya Program Mesra Belia Paris Bersama Pemimpin yang diadakan di
Kampung Paris 111, 13 Mei ini.
Program itu yang menyediakan pelbagai acara belia dan
kunjungan Saddi dari rumah ke rumah akan turut dimariahkan dengan persembahan
nyanyian oleh seorang artis terkenal tempatan.
Terdahulu dari itu, Saddi menerima kunjungan mantan PKR Dun
Sukau di era pemerintahan PBS, Ahmad Samsi bagi membincangkan salah sebuah
program wakil rakyat itu bersama
masyarakat pengundi luar.