Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Jangan terima "hidangan" politik parti pembangkang - Saddi


Saddi menyampaikan ucapan semasa merasmikan majlis tersebut
Saddi menyampaikan sijil kepada Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Sharin dan Tahir

Saddi menyarung t-shirt program kepada Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Abdul Rahman dan Tahir
Saddi menyepak bola sambil diperhatikan oleh para belia sebagai simbolik perasmian acara bolasepak
Saddi dan sebahagian para belia yang mengambil bahagian mengebarkan bendera BN di padang kampung Abai
Saddi melepaskan tembakan sebagai tanda melancarkan pertaningan perlunbaan bot laju 15hp
Sebahagian daripada bot 15 hp yang mengambil bahagian

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman terus mengingatkan rakyat agar tidak menerima ‘hidangan’  politik yang ditawarkan parti-parti pembangkang yang ternyata hanya akan merugikan masa depan rakyat negeri ini.

Beliau berkata, selain rakyat hanya menerima janji-janji kosong serta ‘angan-angan’ pembangkang untuk merampas pemerintahan negara ini daripada kerajaan BN, perpaduan serta keharmonian rakyat yang sedia ada dihancurkan terlebih dahulu oleh para pengikutnya supaya rakyat boleh melupakan segala kemajuan dan pembelaan yang sekian lama dilakukan pihak kerajaan.

“Strategi dan peranan termasuk memacahbelahkan perpaduan di kalangan anggota keluarga sekandung bukan saja berlaku di kalangan rakyat di luar negeri ini seperti di mana pembangkang memerintah, tetapi juga sedang cuba diperkenalkan di kampung-kampung yang sekian lama menjadi kubu BN.

“Strategi pecah dan perintah seera perjuangan yang menghalalkan cara inilah yang terus diamalkan pembangkang dan mahu dibawa masuk ke negeri ini.

“Tetapi saya yakin kerana rakyat di negeri ini sekian lama mengenal antara kaca dan permata, usaha dan niat jahat pihak pembangkang ini tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat,” katanya.

Berucap merasmikan Program Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Mukim Abai di Balairaya Kampung berkenaan pagi Ahad, Saddi menegaskan, perjuangan Barisan Nasional (BN) yang berteraskan kepada soal perkhidmatan dan pembelaan kepada rakyat telah terbukti menjadikannya kuat dan bertahan lama.

Dengan turut memberikan tumpuan serta menerapkan iltizam perjuangan kepada masyarakat belia berbilang kaum di negara ini, kata Saddi, BN bukan saja diterima oleh oleh satu golongan usia, tetapi kepada para belia dan beliawanis yang terus bersilih ganti menerajui kepimpinan  negara ini.

Kata wakil rakyat itu, kerajaan BN hari ini terus memberikan pelbagai keutamaan kepada golongan muda itu bagi mempastikan mereka bukan saja menguasai segala ilmu dan kepimpinan, tetapi ‘benteng hadapan’ negara ke arah meneruskan gagasan dan kesinambungan menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

“Saya pasti semangat perjuangan kelan ini turut tersemai di kalangan belia di kawasan Dun Sukau dan Mukim Abai. Kita tidak mahu anak-anak kita dari kawasan ini cuma sebagai penonton kepada kejayaan orang lain. Tetapi merekalah kalangan arkitek dan pelaksananya, mempastikan Dun Sukau menjadi salah sebuah kawasan Moden di negara ini,” katanya.

Oleh itu, kata Saddi, antara perkara penting yang terus disemai di kalangan mereka di sini ialah dengan menghayati perjuangan BN membela dan membangunkan rakyat selama ini.

“Saya terus mengarahkan belia di sini mengenalpasti segala potensi dan peluang mereka dalam pelbagai aspek ekonomi. Kerajaan dan saya sentiasa akan memberikan sokongan padu. Kerajaan mempunyai peruntukan yang cukup untuk melayani permintaan anda walaupun kita kena melaksanakannya secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Angkatan Belia Kampung Abai yang juga merangkap pengerusi jawatankuasa penganjut, Abdul Rahman Nasran, Pengerusi JKKK Kampung Abai, Tahir Haji Mastar, Ketua Kampung Jamal Engau serta para pemimpin akar umbi di kawasan Dun Sukau.

Saddi menegaskan, Anggota Persatuan Angkatan Belia Kampung Abai dan ahli-ahli persatuan belia di seluruh Dun Sukau mempunyai peranan menjelaskan kepada rakyat tentang segala dasar, kebaikan serta sumbangan yang mampu diberikan kerajaan BN kepada rakyat yang kurang mendapat kefahaman ekoran gagal menerima maklumat jelas.

“Saya yakin, sesuai dengan kebijaksanaan  para beliau di kawasan ini, mereka juga sudahpun berkemampuan menghalang segala cara kemasukan parti-parti pembangkang ke kampung-kampung dalam Dun Sukau. Bukan dengan cara kekerasan, tetapi menggunakan daya berfikir yang matang tentang mengatasi niat jahat pihak pembangkang untuk merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat,” katanya.

Sambil memuji peranan yang dimainkan persatuan belia di kampung Abai yang menadapat penyertaan dari beberapa buah kampung dalam kawasan Dun Sukau, Saddi menggesa agar program seumpama itu perlu dianjurkan setiap tahun dengan menaiktaraf beberapa programnya termasuk menjadi landasan melahirkan ahli-ahli sukan bolasepak berbakat serta forum memajukan bidang sosioekonomi di kalangan golongan itu.

Ini merupakan siri ke empat program belia dianjurkan di dalam kawasan Dun Sukau yang didahului oleh Zon Mumiang mewakili kawasan Persirian Pantai, Zon Suan Lamba dan Kampung Paris yang mendapat sokongan ribuan belia keseluruhannya.

Selain menyampaikan sijil dan bantuan kepada masyarakat kampung Abai, beliau turut melepaskan perlumbaan Bot Laju yang diadakan sempena program tersebut.