Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PROJEK NAIKTARAF SRI GANDA UNICO DESA ESTET AKHIRNYA DI TERUSKAN SETELAH TERGENDALA AKIBAT KEENGGANAN SYARIKAT BEKERJASAMA

Saddi menyampaikan ucapan semasa lawatan di kampung Sri Ganda
Saddi menyatakan sesuatu kepada Sim dan wakil kontrator terlibat selepas melihat pelan projek jalan unico-desa Sri Ganda sejauh 22 km.


Saddi menyatakan sesuatu kepada pengurus besar ladang unico yang akur dan bersedia berkerjasama terhadap keputusan kerajaan menaiktaraf jalan berkenaan.

Gambar Saddi melawat Kampung Sri Ganda ditemani Pemaju Mukim Zon Litang, Bahri haji Omarmaya.

SUKAU: Jumaat 18 Mac 2011/ New Sabah Times

Projek menaiktaraf jalan beraspal antara Desa Sri Ganda –Unico Estate sejauh 22 km yang tergendala sehingga lapan bulan ekoran tentangan daripada pihak pengurusan syarikat ladang berkenaan berakhir apabila pihak terlibat akur dengan keputusan kerajaan menuruskan projek awam itu.
Dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menemui Pengurus Besar ladang terlibat, projek kerajaan pusat bernilai RM28.2 juta itu dipersetujui untuk dimulakan bila-bila masa demi kebaikan pengguna bermula daripada Kampung Sri Ganda sebelum melalui beberapa kawasan ladang yang berakhir di Jalan Jeroco –Lahad Datu itu.
Bagaimanapun kedatangan Saddi ke kawasan ladang berkenaan bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya Kinabatangan, Ir. Sim Pau Kiong, Juruteknik JKR, diikuti wakil kontraktor. Unisinar Jaya Sdn Bhd bermula hambar ekoran keenganan pengurus besar ladang itu tampil dengan alasan terlibat dalam satu seminar perladangan bersama pekerjanya.
Alasan sedemikian dikatakan tindakan rutin pihak pengurusan ladang berkenaan sejak pihak kontraktor terlibat menyampaikan keputusan kerajaan bagi membina jalan berkenaan untuk dimulakan sekian lama.
Kurang setengah jam, Pegawai Kemajuan Masyarakat UPKR Sukau, Amirudin Mohd Damit yang diarah Saddi memaklumkan keputusan tegas kerajaan negeri sekiranya syarikat itu enggan berkerjasama termasuk mengenakan penuntukan di bawah Seksyen 5 dan 6, Ordinan Tanah Negeri yang memberi kuasa kepada kontraktor berkenaan meneruskan projek itu tanpa mengambilkira sikap syarikat ladang itu, membolehkan Pengurus besar ladang itu akhirnya muncul.
Namun sebaik saja tampil, Pengurus Besar yang dikenali sebagai Mr Chew itu menyampaikan keputusan pemilik syarikat ladang tersebut akur dengan keputusan menaiktaraf jalan itu demi kebaikan rakyat sasaran Dun Sukau itu.
“ Akhirnya saya berasa bersyukur, kerana pihak pengurusan Ladang Unico menerima cadangan kerajaan menaiktaraf jalan tanpa meneruskan halangannya termasuk menuntut ganti rugi yang tinggi sehingga boleh menghalang usaha kemajuan ini.
“ Projek ini bukan saja ditunggu-tunggu oleh rakyat dan kerajaan, tetapi demi melihat satu lagi mercu tanda pembangunan yang sememangnya diperjuangkan sekian lama oleh kerajaan dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan ini demi kebaikan rakyat,” katanya.
Saddi berkata, sebelum projek berkenaan diluluskan, beliau selepas baru menjadi wakil rakyat mencadangkan kepada kerajaan agar projek pembinaan jalan Ladang Unico-Sri Ganda itu dilaksanakan, menggantikan cadangan membina jalan Tundun Buhangin-Sri Ganda yang dibatalkan kerajaan negeri ekoran melibatkan laluan penggunaan sebuah kawasan hutan Simpan di situ.
“ Saya amat bersyukur selepas tiga tahun berkhidmat, akhirnya projek membina jalan ini dapat dilaksanakan,” katanya yang amat sedih dengan pelbagai kekangan ekonomi yang dihadapi rakyat di Sri Ganda.
Selain Saddi, Jurutera JKR, Jurutekniknya, dan wakil kontraktor berkenaan turut gembira dengan keputusan disampaikan pengurus Besar syarikat ladang tersebut
Kata Saddi, lebih 200 penduduk di Sri Ganda dapat menggunakan jalan tersebut sebaik saja ianya siap dalam tempoh 15 bulan.
“ Sudah tentu ianya bukan saja mempercepatkan tempoh perjalanan, tetapi membantu mereka untuk memasarkan sebarang hasil ekonomi di luar kawasan ini. Kami berharap mereka dapat bersabar sehingga projek ini dapat disiapkan.” katanya yang turut memberi tahniah kepada keputusan bijak syarikat ladang itu.
Saddi kemudian meneruskan perjalanan menemui penduduk di Kampung Sri Ganda dengan menyampaikan berita gembira itu kepada penduduknya.
Dalam satu majlis ringkas bertemu rakyat di situ, Saddi berkata, kerajaan BN sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kebaikan rakyat di kawasan itu, termasuk membantu menjayakan program ekonomi mereka.
“ Saudara-saudari yang tinggal di luar Bandar ini tidak akan diabaikan kerajaan BN. saya berusaha memberikan perhatian yang adil termasuk menyalurkan segala bantuan membina rumah PPR dan pelbagai program ekonomi yang disediakan kerajaan BN,” katanya.
tegas Saddi, sokongan yang tersebut diberikan rakyat dalam Dun Sukau kepadanya, membolehkan beliau bersama-sama pegawai-pegawai kerajaan menyelesaikan pelbagai masalah pembangunan di kawasan ini, demi masa depan pembangunan mereka.
Kata Saddi lagi, projek Pekan Baru Sukau termasuk melibatkan pembinaan jambatan kedua merentasi Sungai Kinabatangan daripada pekan itu bakal menjana ekonomi rakyat termasuk di Sri Ganda ekoran penyediaan sistem perhubungan jalan raya yang lebih pantas ke kawasan tersebut, berbanding yang ada sekarang.

Selesai.