Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pembangkang menjanjikan "bulan bintang" semata-mata hanya untuk merampas kuasa

Saddi menyampaikan ucapan
 
Melaungkan slogan 1Malaysia sebagai tanda sokongan padu rakyat kawasan tersebut kepana BN

Saddi menyampaikan bantuan tanki yang disalurkan kepada rakyat di bawah Bajet 2013 di Kampung perpaduan sambil diperhatikan Arisin
 
Datuk Saddi Haji Abdul rahman berkata, bukti pembelaan ditunjukkan Barisan Nasional (BN) menerusi  Bajet 2013 meyakinkan rakyat untuk disempurnakan,  berbanding ‘janji bulan bintang’  yang terus ditabur  pembangkang untuk semata-mata niat merampas kuasa kerajaan hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sukau itu menegaskan, segala yang cuba dilakukan kerajaan menerusi bajet itu sebahagian besar darinya sudah dilaksanakan tahun ini menerusi Bajet 2012 yang lalu.
“Tetapi yang cuba digembar-gemburkan pihak pembangkang menerusi bajet bayangan parti Pakatan Rakyat termasuk mahu menghapuskan pinjaman Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) yang kini tertunggak berpuluh billion suatu yang tidak masuk akal.
“ Sudah cukup Nampak dari isu ini saja, pihak pembangkang mahu mengabui mata rakyat hanya untuk  merebut kuasa dalam PRU ke 13. Sedangkan BN terus melaksanakan pelbagai program dan dalam memajukan soal pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat termasuk yang di luar bandar yang masih jauh ketinggalan,” katanya.
Berucap ketika merasmikan Majlis Pemberian Tangki 1Malaysia di bawah Bajet 2013 di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan di sini, Saddi berkata, masa depan negara ini bakal menjadi musnah dan terancam jika rakyat terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dimainkan pembangkang menjelang PRU ke 13.
Tegasnya, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat tidak akan mengambil peduli di atas kehancuran serta nasib  yang akan menimpa negara selepas PRU ke 13.

“Yang penting mereka berpuas hati kerana berjaya  melakukan pembohongan serta memperdaya rakyat bagi mencapai niat sebenar,” kata Saddi kepada lebih 600 penduduk sekitar Batu Putih, Kampung Paris,  Kampung Perpaduan dan Kampung Sentosa Jaya menghadiri program itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Haji Aripin, PKR Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman dan para pemimpin akar umbi di kawasan terlibat.
Sebaliknya kata Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) itu, kerajaan begitu prihatin dengan nasib rakyat di luar bandar termasuk di Sabah dengan menyalurkan program pemberian tangki air di bawah Bajet 2013.
Pemberian itu tidak termasuk bantuan BRIM sebanyak RM500 dan kepada RM100 setiap kanak-kanak sekolah, diikuti baucer pembelian buku yang meningkat kepada RM250 yang diteruskan daripada Bajet 2012, tetapi perhatian kepada generasi belia yang boleh memberikan sumbangan kepada kemajuan negara.
“Sebagai contoh belia berusia 21 tahun turut menerima BRIM sebanyak RM250 setiap seorang, diikuti RM200 bagi bantuan ‘rebate’ membeli kemudahan telefon bimbit kepada ‘generasi Y’ berusia 21 tahun ke atas dan banyak lagi dalam soal pembangunan modal insan, pendidikan dan sebagainya,” kata Saddi.
Rakyat di kawasan luar bandar, kata Saddi,  jangan terikut-ikut dengan dakyah yang terus dimainkan pembangkang, sebaliknya melakukan sesuatu untuk memberikan penjelasan kepada rakyat yang masih keliru dan menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Mereka ini pun (pembangkang) tidak pernah berjasa kepada kawasan kita. Melainkan hanya datang dan berkempen hanya waktu pilihanraya.
“Nasihat saya, kalau ada bendera parti-parti pembangkang yang sengaja dipasang pada tempoh  belum waktunya di kawasan-kawasan tertentu, turunkan saja kerana mereka sebenarnya tidak mengikut peraturan pilihanraya dan merosakkan pemikiran rakyat,” katanya.
Kata wakil rakyat itu, perbuatan pihak pakatan rakyat  memasang bendera tiga gabungan parti itu seperti Parti Keadilan (Adil), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Rakyat (DAP) di tepi-tepi jalanraya termasuk di Kinabatangan hanya mengundang kebencian rakyat terhadap tindak tanduk mereka berpolitik.
“Ini kerana rakyat bukan saja muak dengan perbuatan memasang bendera itu ditepi-tepi jalan yang menunjukkan pakatan itu tidak ada pengikut.
 
“Tetapi cuba mahu menipu rakyat tentang ‘kejujuran’ yang sebenarnya tidak wujud dalam pakatan itu yang terus  goyah kerana percakaran dalaman satu sama lain yang terus berlaku, dan lebih menjadi ‘retak menunggu belah’,” katanya.
Saddi juga berkata, semenjak keujudan tiga parti itu di kawasan ini, kehidupan masyarakat berbilang kaum dan berkeluarga di kawasan ini menjadi ‘kucar kacirr’.
“Mujurlah sebahagian besar rakyat di kawasan ini terus setia dan memberikan keyakinan  kepada kerajaan BN termasuk disebalik perlaksanaan pembangunan di bawah  Bajet 2012 dan 2013 yang terbukti kerajaan itu mampu ‘mengotakan janji,” kata Saddi.
 
11 Oktober 2012