Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

RM200 Juta telah disalurkan BN sepanjang lima tahun lalu untuk DUN Sukau

Saddi menyampaikan ucapan
 
Saddi memberikan bantuan tangki kepada Tuan Haji Noh
 
Saddi dan penerima bantuan tangki mengangkat jail telunjuk sebagai menyokong konsep 1malaysia
 
Saddi memberikan bantuan atap zink kepada penduduk Kampung Sukau
 
 
Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, persekitaran Pekan Baru Sukau mula memerlukan penyediaan bekalan elektrik melebihi 10 megawatt bagi membolehkan program pembangunan lestari di kawasan ini berjalan lancar.
 
Wakil Rakyat Dun Sukau itu menegaskan,  keupayaan menampung sistem bekalan itu kini di bawah 5 megawatt bukan saja bakal merencatkan beberapa keperluan pembangunan semasa,  seperti perkhidmatan klinik Sukau bernilai RM14.5 juta yang bakal siap dan beropera.

“Tetapi juga perkhidmatan bekalan elektrik yang diperlukan oleh program pembangunan dalam Pekan Baru Sukau. Peningkatan perniagaan dalam sektor pelancongan, bidang-bidang ekonomi penduduk berasaskan pertanian dan sebagainya amat mengharapkan kepada penyediaan bekalan elektrik yang mencukupi,” katanya.

Berucap merasmikan program Pemberian Kemudahan Tangki 1M di bawah Bajet 2013 serta kemudahan bantuan di bawah Adun Sukau, Saddi berkata, usaha mempastikan kemudahan bekalan itu merupakan tanggungjawab penting di bawah ‘sistem penyampaian’ kerajaan BN di setiap kawasan luar bandar.

Katanya, tugas-tugas tersebut sememangnya tidak diambil peduli oleh pihak parti pembangkang yang sedang mencuba nasib dalam Pilihanraya Umum ke 13, melainkan menggambarkan sikap tamak para pemimpinnya mahu merebut kuasa daripada rakyat.
Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, apa yang sedang diberikan tumpuan pihak parti lawan itu ialah merosakkan kerjasama dan perpaduan rakyat dengan menabur fitnah dan janji manis, menabur segala macam propaganda agar rakyat membenci kerajaan dan pemimpin BN.

“Ini tugas mereka selain mereka meyakinkan rakyat bahawa mereka akan merampas hak kerajaan seperti tanah, harta dan sebagainya untuk diberikan secara percuma kepada rakyat,” katanya,

Saddi berkata, para pemimpin dalam Pakatan Rakyat (Pr) yang begitu optimis mencapai kemenangan besar dalam PRU ke 13 terus ‘menggula-gulakan’rakyat dengan mengimpikan bahawa masa depan  orang melayu dan Islam akan lebih baik jika BN ditumbangkan.
“Pemimpin Parti Keadilan rakyat dan PAS yang turut bercakaran dalam PR ini sanggup menjanjikan apa saja, walaupun dalam masa yang sama, Parti DAP dalam pakatan itu,  cuma menunggu masa untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Republik seperti Singapura, sekaligus menyamaratakan hak dan kepentingan Bangsa Melayu dan orang Islam di negara ini,” kata Saddi.
Sambil Saddi menghuraikan misi dan konsep perkhidmatan yang sedang diperjuangkan BN menerusi risalah ‘Janji Ditepati’, wakil rakyat itu yakin,  sebahagian besar rakyat negara ini telah berpuas hati dan meletakkan keyakinan tinggi terhadap segala yang disumbangkan kerajaan sejak memerintah negara.

“Sejak saya menjadi wakil rakyat di kawasan ini lima tahun lalu, lebih RM200 juta sudah salurkan BN untuk menyediakan prasarana pembangunan kawasan ini.

“Ini tidak termasuk bantuan BRIM RM500 yang dinikmati hampir seluruh rakyat, diikuti bantuan tunai RM100 bagi setiap pelajar, peemberian komputer dan sebagainya di dalam kawasan ini dalam Dun Sukau sejak perlaksanaan bajet 2012 dan 2013,” kata Saddi sambil menyifatkan rakyat yang enggan bersyukur dengan perhatian sedemikian sebagai ‘jahil’.

Saddi memberikan jaminan akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik keepada rakyat di kawasan ini selagi mendapat kepercayaan dan keyakinan kerajaan BN.
 
Beliau juga akan mempastikan isu-isu yang berkaitan pembangunan rakyat di kawasan Dun itu pada sesi Perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri 19-24 Oktober ini.