Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Borneo Samudera harus akur berhubung kawasan penempatan Kg Lipong Hidayat

Saddi menyampaikan ucapan
 
Saddi terus didekati untuk menyelesaikan masalah rakyat

Saddi menyerahkan bantuan Tangki 1 Malaysia kepada masyarakat Kampung Suan Lamba

 
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, keutuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih terus diterima rakyat negara ini menjadi penyebab  gabungan parti-parti pembangkang seperti Parti Pakatan Rakyat, Star dan sebagainya tidak akan mampu mendapat sokongan rakyat  menjelang Pilihanraya Umum Ke 13.
 
Beliau berkata, dasar dan prinsip perjuangan yang ada pada BN yang sentiasa komited memberikan pembelaan serta khidmat  terbaik kepada rakyat merupakan ‘batu penghalang’  besar kepada mana-mana parti pembangkang yang berminat meraih simpati menjelang kempen pilihanraya kali ini.
 
“ Mereka (pembangkang) tidak akan mampu menggugat, apalagi Pakatan Rakyat dengan segala isu percakaran dalamannya. Demikian juga Parti Star yang diperjuangkan Dr. Jeffery Kitingan, sebuah parti yang dibawa masuk daripada Sarawak, pasti tidak  mendapat tempat di hati rakyat.
 
“ Berbeza dengan BN, para pemimpinnya sentiasa mencari jalan bagaimana memberikan khidmat yang berkesan. Lihatlah pembentangan Bajet 2013 dan 2012, bagaimana hampir setiap individu rakyat di negara ini menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan daripada sebuah kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab,” katanya.
 
Saddi berkata demikian semasa melancarkan pemberian bantuan Tangki 1Malaysia yang diperuntukkan di bawah Bajet 2013 di Dewan Serbaguna Kampung Suan Lamba di sini, pagi Selasa.
Pengerusi Koperasi pembangunan Desa (KPD) Sabah itu berkata, di bawah Bajet 2013, kerajaan pusat melakukan pelbagai langkah pembaharuan dalam menjayakan program tranformasi pembangunan sosioekonomi negara yang berkesan. Ini termasuk mengekalkan pemberian bantuan subsidi terhadap barangan keperluan rakyat.
 
“Selain berusaha menyalurkan pelbagai program pembangunan dan ekonomi rakyat di luarbandar, kerajaan pusat turut berusaha untuk mempastikan harga barang di Semenanjung sama dengan di Sabah dan Sarawak, diikuti hasrat membuka kedai 1malaysia dan pelbagai produk di bawah gagasan itu di Sabah,” katanya kepada lebih 300 penduduk berkenaan yang hadir pada majlis itu.
 
Maka itu, Saddi meminta rakyat di seluruh supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji dan propaganda yang terus ditaburkan pembangkang termasuk menjanjikan pemberian tanah percuma kepada rakyat jika Pakatan Rakyat merampas pemerintahan negara ini.
 
“ Rakyat melaporkan kepada saya, jika Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan, semua tanah ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh syarikat Berkaitan kerajaan (GLC) seperti dimiliki Borneo Samudera dan Sawit Kinabalu di kawasan Suan Lamba ini akan  diserahkan secara percuma kepada rakyat.
 
“ Semua ini janji yang gila.  Syarikat-syarikat milik kerajaan ini sudah mengusahakan tanah di kawasan Suan Lamba ini berpuluh tahun yang lalu dengan nilai perlaburan awal lebih RM40 juta. Jadi mana mungkin tanah milik mereka dirampas,” kata Saddi.
 
Bagaimanapun, seperti yang diyakinkannya kepada rakyat sebelum ini, wakil rakyat itu akan terus  berusaha bagiu mempastikan jika ada tanah kosong yang belum diterokai akan mengemukakan permohonan tanah kepada pihak kerajaan negeri.
 
Sesuai dengan tuntutan rakyat saya akan merayu kepada kerajaan supaya membubarkan sekurang-kurangnya 10,000 hakter tanah di kawasan Hutan Simpan berhampiran yang tidak lagi produktif. Ini saya cuba lakukan,” katanya.
 
Saddi juga meminta pihak pengurusan ladang milik Borneo Samudera di Suan lamba supaya mengeluarkan tanah  ladang di situ seluas lebih 150 ekar yang sudah diluluskan kerajaan negeri bagi  mengujudkan kawasan penempatan Kampung Lipong Hidayat, di dalam kawasan Suan Lamba.
 
“ Saya mendapat tahu pihak pengurusan ladang berkenaan enggan akur dengan keputusan tersebut termasuklah enggan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat belia  di kawasan ini menjadi buruh ladang, mandur dan sebagainya.
 
Malah wakil rakyat itu mendapat tahu bahawa kakitangan kanan berkenaan seolah-olah berpihak kepada pihak parti pembangkang.
 
“ Saya nak berikan amaran kepada individu ini supaya memperbetulkan perbuatannya. Kerana apa yang sudah saya perjuangkan untuk kepentingan rakyat terlibat. Jika beliau masih engkar, akan saya laporkan kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat milik kerajaan itu,” katanya.