Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Ilmu pengetahuan dan integriti penentu kelangsungan belia

Antara pemimpin peringkat kampung yang hadir
Sebahagian penduduk kampung yang hadir
Saddi menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas
Saddi sempat meninjau keadaan rumah seorang penduduk kampung
Menziarah seorang penduduk yang kurang bernasib baik
Golongan nelayan tidak tercicir dari menerima bantuan  daripada ADUN Sukau
Sumbangan generator untuk kegunaan penduduk kampung


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, ilmu pengetahuan, integriti serta nilai keinsafan tinggi di kalangan  golongan belia di negara ini harus menjadi antara prinsip kelangsungan melangsungkan sejarah membela bangsa dan memajukan negara ini di bawah paksi kerajaan yang teruji dan mampu terus bertahan seperti Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, golongan belia bukan saja perlu mengimbas sejarah bagaimana mereka boleh membantu menjadi pemangkin ke arah memerdekakan negara, seterusnya mengisi pelbagai kemajuan rakyat hingga ke hari ini.

Namun pada masa yang sama, kata Saddi, golongan itu  dapat mengakui bahawa  kelalaian dan kealpaan mereka tersalah haluan, bakal membawa kehancuran kepada masa depan dan keselamatan negara.

“Bila kita mengungkit peranan belia, falsafah dan segala agendanya,  ia mencakupi pelbagai keperluan dan kehendak walau di mana golongan ini berada. Namun setiap kita yang melalui usia dan menikmati pengalaman ini,  memadailah jika kita sedia dan tegas dalam meneruskan prinsip perjuangan menyokong kerajaan BN yang telah berupaya mencorakkan kemajuan belia hingga ke hari ini,” katanya.

Berucap merasmikan program Perjumpaan Mesra Belia Peringkat Mukim Mumiang di sini pada Ahad, Saddi berkata, ketegasan terhadap prinsip dan falsafah perjuangan golongan itu amat diperlukan bagi memajukan kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau yang masih ketinggalan serba serbi.

Katanya, baik keperluan itu melibatkan kepentinan ekonomi dan kemajuan rakyat dan kawasan, kestabilan politik di bawah kerajaan yang sedia ada merupakan perkara yang perlu diutamakan bagi mempastikan rakyat dan negara tidak mengalami kerugian besar di masa depan.
Katanya, golongan belia di kawasan ini bukan saja perlu terus bijak mengimbangi kehendak dan keupayaan mereka, tetapi menjadikan jatidiri belia beramanah dan beretika dalam meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan BN bagi memenuhi agenda, misi dan visi kemajuan mereka menerusi  konsep penyatuan yang dianjurkan.

Saddi menegaskan, golongan belia di kawasan ini harus peka dan menyedari segala sasaran dan tumpuan pembangunan yang disasarkan kerajaan termasuk yang diperhebatkan melalui khidmat wakil-wakil rakyat.

“Saya mengajak golongan belia di kawasan ini memahami segala pendekatan saya. Baik untuk memajukan kawasan Dun Sukau, malah melakukan perancangan termasuk melibatkan cadangan penstrukturan semula pentdabiran kerajaan yang amat diperlukan di kawasan ini,” katanya di hadapan lebih 500 orang belia mewakili lima buah kampung di dalam mukim ini yang dapat hadir

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kinabatangan, Manap Abdul Rahim yang turut memberi ucapan,  kakitangan Unit PKR Dun Sukau itu diketuai PKRnya,  Sharin Haji Abdul Rahman, Pegawai Kemajuan Masyarakatnya, Amirudin Mohd Damit dan para pemimpin akar umbi seperti Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang mewakili kampung-kampung berkenaan.

Sambil menyifatkan terdapat perbezaan besar soal pembangunan dan pembelaan antara golongan belia di kawasan persisiran pantai  Dun Sukau yang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan  kawasan yang ditadbir terus di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan, Saddi menegaskan masyarakat itu perlu memahami dan menyokong gagasan pembangunan yang dilakukannya,  demi masa depan rakyat kawasan itu.

Beliau turut mengambil contoh apabila Pekan Baru Sukau berjaya dibangunkan dengan pentadbiran Majlis Daerah Kinabatangan dapat diwujudkan di kawasan tersebut, ianya akan memberikan impak yang tinggi  kepada golongan tersebut bukan saja mendapatkan khidmat daripada kerajaan,  tetapi merebut peluang ekonomi yang terus ditawarkan BN.

“Jika rakyat khususnya belia di kawasan persisiran pantai ini terus memantapkan sokongan kepada kerajaan, antara impian saya ialah mengujudkan sebuah kawasan perkampungan nelayan moden di persisiran pantai Dun Sukau. Ini pasti akan memberikan hasil berterusan bukan saja kepada para penduduknya tetapi kehidupan golongan belia yang terus memerlukan pembelaan,” katanya.

Saddi dalam pada itu mengajak belia di kawasan ini supaya mempastikan persatuan-persatuan belia mereka berdaftar bagi membolehkan badan berkenaan mendapat pembelaan dan perhatian daripada kerajaan dalam menjayakan misi dan visi penubuhan masing-masing.

Saddi kemudian menyumbangkan bantuan wang tunai RM2,000 kepada belia Mumiang sebagai langkah permulaan kepada mereka menjayakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah demi kebaikan masyarakat sekitar.