Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Gejala dadah sudah mula aktif di kawasan Gomantong Jaya dan Kampung Paris..

Saddi sampaikan cenderahati kepada penceramah, Haji Romji
Saddi terima cenderhati daripada puan Rosinah
Datuk Saddi meninjau gerai ADK
Turut serta menandatangi kain rentang sebagai membantah Perhimpunan Bersih 3.0
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berikrar untuk melancarkan perang ke atas gejala penyalahgunaan najis dadah di kawasan ini dengan mempastikan pihak berkuasa keselamatan dan seluruh masyarakat khususnya belia sebagai ‘jentera penting’ memerangi menyelesaikan isu Negara itu.

Beliau menegaskan, usaha secara bersepadu itu akan mula digerakkan sebaik saja data yang lengkap mengenai perkembangan isu penyalahgunaan dadah di daerah Kinabatangan dibentangkan pada Mesyuarat Tindakan Daerah bagi merumuskan satu pelan tindakan komprensif bagi memerangi gejala itu.

“Yang penting kita mesti dapatkan data dan perkembangan pergerakan najis dadah di daerah ini. Kita mesti mengetahui bagaimana punca-punca najis dadah boleh berada di daerah ini dan boleh diedarkan kepada masyarakat kita,” katanya.

Menyampaikan ucapan ketika Melancarkan Hari Keluarga Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kinabatangan dan Penangguhan Program Bersepadu Kepimpimpinan Belia dan Wanita Dalam Menangani Masalah Dadah Peringkat Daerah Kinabatangan, di Pentas Terbuka Bukit Garam Sabtu, Saddi berkata, usaha membenteras gejala yang merosakkan negara itu khususnya di dalam kawasan Dun Sukau perlu mula digerakkan secara khusus dan besar-besaran kearah membenterasnya.

Program sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Sabah dan Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Daerah Kinabatangan.

Dalam pada itu, katanya, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan Unit Narkotik Polis Di Raja Malaysia Daerah Kinabatangan dan Sandakan harus berkerjasama dengan rakyat khususnya golongan belia di kawasan ini bagi usaha membenteras gejala kegiatan penagihan dan pengedaran najis dadah di kawasan ini.

Saddi berkata, maklumat awal berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran najis dadah itu sudah mula aktif di kawasan Gomantong Jaya dan Kampung Paris sejak beberapa tahun lalu.

“Tetapi maklumat ini tidak lengkap. Kita mahu pihak berkuasa keselamatan khususnya ADK dan Unit Narkotik Polis mengesan dan mengesahkan berkaitan aktiviti ini sama ada benar-benar aktif atau sebaliknya.

“Saya menjangkakan jika ini berlaku dari mana punca bekalan dan bentuk pengedarannya dilaksanakan? Siapa kalangan sasaran dan penggunannya?, “ kata Saddi di hadapan lebih 400 hadirin pada majlis itu.

Turut hadir dan menyampai ucapan ialah Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur, Puan Hajah Rosinah Haji Abdul Muin, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Abdul Manaf Rukin, pencemarah jemputan, Imam Haji Romji Rahman, Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman, pegawai-pegawai ADK, Polis  dan para pemimpin akar umbi mewakili kawasan Dun Sukau.

Pelbagai acara termasuk sukan tarik tali dan futsal, diikuti pameran oleh agensi-agensi kerajaan turut dijayakan dalam program tersebut.

Wakil rakyat itu menegaskan, kegiatan penyalahgunaan dadah memang merupakan isu yang serius dan jika ianya turut berleluasa di kawasan ini perlu ditangani segera.

Kerajaan, kata Saddi, bukan saja menghadapi banyak kesukaran dan masalah menyelesaikan kemelut itu tetapi menghadapi pelbagai rintangan untuk mensasarkan kemajuan Negara khususnya menjelang tahun 2020.

Tegasnya, masyarakat seperti belia yang sudah dipengaruhi  dadah bukan saja sukar untuk mencapai segala kemajuan hidup tetapi tidak akan mampu menyahut segala seranan pembangunan yang disarankan kerajaan.

Kata Saddi, rancangan untuk mencapai kemajuan yang disasarkannya seperti membangunkan ekonomi masyarakat menerusi pengujudan Pekan Baru Sukau dan sebagainya akan turut menghadapi halangan ekoran ancaman sedemikian.

“Apa yang penting samada golongan ibubapa, belia dan seluruh jentera kerajaan harus sepakat dan berkerjasama dalam menjayakan misi membenteras gejala dadah di kawasan ini,” katanya.

Ketika mengunjungi gerai-gerai pameran, Saddi bersama para belia yang hadir turut menandatangi kain rentang  yang memaparkan bantahan bertajuk, Anti Perhimpunan Bersih 3.0’ yang diadakan di ibu Negara baru-baru ini.