Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Jangan mengeruhkan hubungan baik di antara saya dengan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan


Saddi rasmi mesyuarat Umno Cawangan
Antara ahli UMNO Cawangan yang hadir pada majlis tersebut

Saddi rasmi mesyuarat Umno Cawangan

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, tranformasi minda harus  digilap di kalangan ahli-ahli Umno  di luar bandar bagi membolehkan mereka seiring  menjayakan tranformasi politik yang dianjurkan pucuk pimpinan parti sebagai menjulang dan memenuhi  gagasan mendomasi kuasa politik tanahair yang terus menjadi agenda besar Umno dan Barisan Nasional di negara ini.

Beliau berkata,  bermula daripada pimpinan cawangan hingga ahli-ahli di semua sub kepimpinan parti itu bukan saja perlu bersatu dalam mengekalkan tradisi bagi meningkatkan perjuangan parti, tetapi bersikap terbuka, dinamik serta proaktif bagi mempastikan Umno dan BN berupaya meningkatkan peranannya membela dan mempertahankan hak rakyat.

“Jangan ada sikap tak acuh dan longlai dalam melaksanakan aktiviti kepartian meskipun di peringkat cawangan, jangan ada rasa selesa di atas keupayaan BN masih memerintah, apa lagi iri hati dengan kejayaan rakan-rakan dan orang melayu. Jangan ada sikap tikam belakang kerana melihat rakan seperjuangan berada di depan.“Semua sikap ini seperti yang diulang-ulang pucuk pimpinan parti hanya akan merosakkan parti Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Berucap merasmikan Mesyuarat Cawangan Umno Perpaduan Batu Putih 1 dan 11 di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan di sini Sabtu, Saddi berkata, kegagalan memberi rikasi yang baik terhadap segala seranan serta gagasan Umno mentraformasi politik dalam parti itu, bakal menjadikan ahli-ahlinya diperdayakan termasuk oleh kerancakan pihak parti-parti pembangkang dalam menyediakan (strategi) percaturannya.

Jelas Saddi yang juga Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan itu, sikap sambil lewa ahli-ahli Umno terhadap tanggungjawab serta persekitaran politik mereka, telah ada tanda-tanda pihak parti lawan dapat menyusup masuk untuk mempengaruhi ahli-ahli parti itu  hingga berjaya menaikkan bendera pembangkang di kampung-kampung yang dulunya kubu Umno.

Saddi menegaskan, walaupun beliau tewas dalam perebutan jawatan nombor dua parti di Bahagian Kinabatangan, tetapi kerana cintanya pada Umno beliau sedaya upaya menjalankan  tanggungjawab dengan gigih  sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh Umno dan BN.

Berucap dalam masa lebih sejam setengah merasmikan Mesyuarat dua cawangan parti itu, Saddi  meluahkan segala isi hatinya dengan menegaskan tranformasi minda yang berkesan dapat melahirkan kecintaan yang tinggi terhadap perjuangan Umno dengan menjadikan soal pembelaan dan pembangunan rakyat di kawasan ini lebih pantas, memenuhi gagasan Tranformasi politik yang digagaskan  Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebagai wakil rakyat yang melihat banyak kekurangan rakyat di khususnya di dalam Dun Sukau untuk diperbaiki, kata Saddi, beliau mempastikan pelbagai masalah seperti isu tanah, isu pembangunan dan kekurangan infrastruktur asas rakyat dapat dikurangkan, selain telah menyediakan tapak Pekan Baru Sukau yang bakal menjadi pusat ekonomi serta pusat pentadbiran rakyat di kawasan ini pada masa depan, telahpun diluluskan pihak kerajaan.

“Malangnya masih ada segelintir individu yang cuba mengeruhkan keadaan. Bukan saja ada cubaan untuk mengeruhkan hubungan baik di antara saya dengan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.. Tetapi mahu menikam perjuangan Umno daripada belakang.

“Pada hal saya dan Datuk Bung Moktar Radin boleh duduk semeja dan makan satu pinggan. Mentaliti mahu mendahulukan kepentingan peribadi daripada kepentingan parti seperti ini harus dikikis dan dielakkan demi kelangsungan perjuangan Umno di negara ini,” katanya.

Saddi berkata, beliau harus menggunakan peluang sebaik mungkin menemui setiap ahli dan pemimpin cawangan Umno bagi mempastikan dapat memberikan apa juga penjelasan terhadap khidmat dan sumbangannya yang boleh beliau berikan kepada rakyat dan parti itu.

“Oleh kerana saya tidak mempunyai flatform di peringkat bahagian melakukannya, maka saya habiskan tempoh empat tahun untuk meluahkan isi hati saya. Khidmat saya sebagai wakil rakyat saya pergunakan sebaik mungkin bagi mempastikan tidak ada ahli Umno dan rakyat khususnya di dalam Dun Sukau tercicir dari tanggungjawab ini,” katanya.
Menyentuh berkaitan sikap parti pembangkang yang semakin keterlaluan menentang kerajaan, Saddi berkata, rakyat dapat berfikir sendiri akan sikap yang ditunjukkan para pemimpinnya, apalagi penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menghuru-harakan ketenteraman dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini, semata-mata mahu mencapai agenda politik mereka.
Kata Saddi, sikap seperti itu turut dicontohi oleh para pemimpin parti politik dari Sabah seperti Dr. Jaffery yang tidak jemu-jemu mengelirukan rakyat dengan isu-isu politik yang dangkal, pada masa yang sama rakyat telah menikmati pelbagai kemajuan yang pasti tidak akan mampu dipenuhi oleh pemimpin seperti beliau ketika pernah mendapat kuasa.
“ Kenapa perlu saya katakan kita di kawasan ini perlu mentranformasikan minda demi kelangsungan politik parti, supaya kita dapat melihat cabaran yang lebih besar di hadapan dengan mempastikan kekuatan Umno dan BN lebih besar dapat kita terjemahkan pada pilihanraya Umum ke 13 ini,” katanya.