YB Datuk Saddi Abdul Rahman sedang meninjau kawasan tanah runtuh di Kg Menggaris |
KINABATANGAN: Sebuah penempatan baru akan diwujudkan di Kampung Batu Puteh dekat sini bagi menempatkan penduduk dari kampung itu dan dari Kampung Menggaris yang terjejas banjir. Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata sebanyak 99 unit rumah akan dibina di penempatan baru itu yang akan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap.
Kerja
menyediakan tapak penempatan baru itu sedang dilakukan dan pembinaan dijangka
mengambil masa setahun lagi untuk disiapkan, katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan bantuan makanan kepada lima keluarga yang diancam tanah runtuh di
Kampung Menggaris dekat sini kelmarin.
Isnin lepas, tanah runtuh berlaku di kawasan bukit di belakang
rumah mereka menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke rumah saudara di Kampung
Batu Puteh. Saddi berkata 50 keluarga yang akan dipindahkan ke penempatan baru
itu adalah dari Kampung Menggaris yang menghadapi ancaman tanah runtuh dan
banjir, manakala selebihnya adalah penduduk Kampung Batu Puteh.
Lima
keluarga yang berpindah akibat tanah runtuh itu adalah antara penduduk yang
akan dipindahkan ke penempatan baru itu. “Sekiranya rumah yang dibina di
penempatan baru itu tidak mencukupi, penduduk di kampung itu akan dipindahkan
ke Projek Perumahan Rakyat di Pekan Baru Sukau,” katanya.
Sumber: www.newsabahtimes.com.my, 6 Januari 2012.
Sumber: www.newsabahtimes.com.my, 6 Januari 2012.