Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Nasib 400 orang pemilik tanah di kawasan Koyah akan terbela.

Sebahagian daripada pemilik tanah Skim Pekebun Kecil Koyah



SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, penubuhan sebuah badan koperasi mewakili kepentingan 400 orang pemilik tanah di kawasan Koyah, dalam kawasan ini yang sekian lama gagal ditangani Jabatan Tanah dan Ukur Ngeri, amat dialu-alukan.

Katanya, penubuhan badan koperasi itu membolehkan pemilik tanah terlibat menuntut 30 peratus daripada nilai saham yang telah disyaratkan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat perladangan swasta yang diberi tanggungjawab memajukan seluas 6,000 ekar tanah  di bawah skim pekebun kecil yang diberikan kepada sejumlah pemiliknya sejak tahun 1999.

“ Kita berharap Koperasi Pembangunan Tanah Koyah Berhad yang mengadakan mesyuarat penubuhannya ini dapat menjadi wakil kepada semua 400 pemilik tanah terlibat untuk mendapatkan 30 peratus kepentingan hak mereka yang disyaratkan Jabatan Hasil Bumi kepada syarikat itu, Bagus Maju Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu.


“ Saya sendiri amat mengharapkan agar isu tanah Koyak yang melibatkan kepentingan rakyat dalam Dun Sukau ini dapat diatasi segera menerusi penubuhan koperasi berkenaan, sebagai satu-satunya saluran yang paling sesuai dalam mendepani tuntutan tanah rakyat berkenaan,” katanya.

Berucap merasmikan mesyuarat pertama penubuhan Koperasi Pembangunan Tanah Koyah Berhad di Dewan Serbaguna Datuk Pangiran Galpam di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) negeri berkata, kerajaan negeri akan memberikan keutamaan dalam menyelesaikan isu tuntutan tanah tersebut yang melibatkan syarikat perladangan terlibat,  sekiranya ianya ditangani secara teratur.

Saddi juga yakin, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri akan melayani tuntutan semua pemegang saham terbabit berasaskan kepada aturan dan peraturan yang perlu mereka patuhi dalam mendepani isu tuntutan berkenaan melalui kepemimpinan koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Kata wakil rakyat itu, beliau mula menyedari berhubung isu tuntutan tanah berkenaan pada 6 April tahun lalu, sebaik saja sebuah Jawatankuasa Bertindak Sungai Koyah menyerahkan memorandum bantahan kepada beliau bagi menuntut kepada kerajaan negeri agar tanah seluas 4,900 hakter yang dimiliki 400 orang penduduk  yang kini dipegang oleh Syarikat Bagus Maju sejak tahun 1999 dikembalikan kepada pemiliknya.

Sebagaimana yang dihuraikan dalam memorandum bantahan tersebut, kata Saddi, syarikat yang dipertanggungjawabkan memajukan tanah tersebut sejak lebih 12 tahun telah terbukti gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu,  agar setiap pemilik tanah terlibat mendapat imbuhan daripada kepentingan 30 peratus (milik mereka) dalam keseluruhan program pembangunan tanahber kenaan.

Difahamkan Syarikat Bagus Maju adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat yang didaftarkan di Papan Utama, Bursha Saham Kuala Lumpur dan sudah terlibat memajukan sebahagian besar kawasan perladangan tanah di Kinabatangan sekian lama.

Kata Saddi, beliau sudah membawa perkara berhubung isu tuntutan tanah Koyah itu di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tetapi tidak menerima apa-apa jawapan kukuh daripada pihak kerajaan negeri.

“ Maka selain saya terus memperjuangkan isui ni, saya juga berharap agar penubuhan koperasi berkenaan bakal mengatasi masalah rakyat terlibat berasaskan kepada perundingan dengan pihak terlibat, seterusnya soal ekonomi keluarga terlibat dapat dibela,” katanya.
 
DatukSaddiberkata, beliau juga akan besedia memberikan kerjasama dalam menjayakan tuntutan rakyat terlibat demi kebaikan mereka yang sekian lama memerlukan pembelaan.

Dalam pada itu, Saddi menggesa agar Pengerusi Penaja Koperasi Pembangunan Tanah Koyak Berhad yang juga merupakan Ketua Pemohon tanah berkenaan, Abdullah Japar supaya dapat menjalankan khidmatnya dengan berkesan demi kebaikan dan masa depan koperasi itu.

Abdullah kemudian merayu kepada kerajaan negerik hususnya kepada Ketua Menteri supaya memberi perhatian terhadap isu tuntutan rakya titu demi kebaikan mereka yang merupakan para penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

“ Sudah tentu, asas kami menubuhkban koperasi ini adalah bertujuan untuk menuntut kepentingan saham 30 peratus yang kami miliki sekian lama secara sepakat. Kami berharap ianya dapat direalisasikan dengan sokongan padu pihak kerajaan dan syarikat yang sudah sekian lama diamanahkan,” katanya.

Selesai.