Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

MERASMIKAN MESYUARAT CAWANGAN UMNO KAMPUNG PERPADUAN 1 & KAMPUNG PERPADUAN 2 DI SANBAY HOTEL SANDAKAN

Saddi menyampaikan hadiah pemenang tiket bertuah kepada salah satu hadirin.
Majlis menyampaikan watikah perlantikan pengerusi JKKK kepada hj wahab alpa dari kampung semangat.
Saddi menyampaikan ucapan.

SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, semangat menganjak idealisma perjuangan politik Umno perlu disemarakkan secara berkesan di kawasan ini menerusi gagasan Model Politik Baru Umno, yang dicetuskan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kata Saddi, gagasan yang disuarakan presiden parti pada perhimpunan Agung Umno tahun lalu tidak hanya dihayati oleh kalangan tertentu ahli parti itu tetapi seharusnya berkembang segar ke kawasan ini sebagai mentranformasikan perjuangan Umno untuk terus berada di depan dalam memberikan perkhidmatan dan pembelaan kepada seluruh rakyat.
Katanya, dengan gagasan itu ahli-ahli bukan saja dituntut bersikap terbuka dan merubah minda mereka untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“ Tetapi tidak ada lagi ahli yang mengamalkan bersikap berpuak-puak, melakukan fitnah dan adudomba semata-mata untuk keuntungan jangka pendek.
“ Yang wajar dilakukan oleh seluruh ahli ialah mempastikan hubungan para pemimpin Umno termasuk di kawasan ini disatu dan diperkuatkan supaya rakyat menjadi lebih kuat dan keseluruhannya menerima khidmat dan pembelaan wakil-wakil rakyat dan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Cawangan Umno Kampung Perpaduan 1 dan Kampung Perpaduan 11 di Sanbay Hotel Sandakan pada Jumaat.
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Setiausaha Bahagian, Titing Putang dan sebahagian besar
Ahli-ahli jawatankuasa Umno Bahagian, diikuti ketua-ketua Umno cawangan dalam bahagian Kinabatangan yang dijemput sebagai pemerhati pada majlis itu.
Saddi yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Perpaduan 1 berkata, kesediaannya menganjurkan permasyuaratan dua cawangan berkenaan adalah kerana mahu menjadikan program itu sebagai forum bagi menjelaskan kedudukannya sebagai pemimpin parti dan wakil rakyat yang dipilih oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.
Sebagai wakil rakyat dipilih oleh parti, kata Saddi, dia perlu membalas budi parti untuk menyampaikan apa yang sudah dilakukannya sebagai wakil rakyat kawasan ini dalam tempoh yang singkat, selain sentiasa bersama-sama dengan rakyat dalam apa juga keadaan dan cabaran.
“ Saya mahu forum ini pentas untuk saya menjelaskan apa juga yang sudah saya lakukan semenjak tiga tahun sebagai wakil rakyat Dun Sukau. Saya percaya sebahagian besar darinya mengatasi pelbagai masalah dan keperluan rakyat sekian lama di kawasan ini,” kata Saddi.
“ Kalau saya bukan wakil rakyat lagi, tidak mungkin saya dapat gunakan forum Umno begini menjelaskan kedudukan dan keupayaan saya,” kata Saddi sambil memberi senyuman.
Ucapannya Saddi demikian disambut dengan tepukan gemuruh hadirin dengan sebahagiannya menjerit “ Tuk...kamu masih jadi YB kami akan datang.”.
Ucapan Saddi terus mendapat sorakan rakyat apabila menegaskan dalam tempoh yang singkat beliau telah berjaya melakukan banyak perubahan termasuk mengujudkan Pekan Baru Sukau yang sudah diluluskan kerajaan negeri untuk menerima peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 dan RMK11, diikuti pelbagai prasarana pembangunan khususnya loji bekalan air dari dasar laut di Tanjung Aru, pembinaan Loji Air di Kampung Mengaris yang kedua-duanya siap tidak lama lagi, selain cadangan membina loji air Sukau yang ketika ini diperingkat proses pengeluaran tender oleh pihak kerajaan.
“ Demikian juga saya terus menangani isu keperluan tanah rakyat di Sukau yang sebahagiannya sudah diukur dan yang lain menunggu giliran. Semua langkah berkenaan tertakluk Ini dibawah peranan jawatankuasa pembangunan tanah rakyat di bawah Unit PKR.
“ Saya turut mengutamakan soal kebajikan rakyat melalui pengujudan jawatankuasa menangani kemiskinan tegar rakyat di sini. Demikian juga isu-isu berkaitan ekonomi, keagamaan dan pendidikan rakyat di sini selagi berpeluang saya lakukan demi rakyat, “ kata Saddi
Tegas wakil rakyat itu soal kepentingan dan masa depan belia di kawasan ini yang merupakan penyumbang besar dalam perjuangan Umno menjadi sebahagian fokus utamanya agar misi dan visi Umno di kawasan ini terus relevan dengan kehendak dan tuntutan rakyat rakyat.
Ucapan Saddi menerima tepukan gemuruh hadirin apabila dia menegaskan, tidak ada masalah baginya bergandingan dengan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semata-mata kerana kepentingan rakyat di Kinabatangan.
“ Kami berdua sememangnya bukan ada masalah perhubungan. Kami dari dulu macam adik beradik. Semua orang tahu. Tetapi memang ada juga ahli yang buat pelbagai adudomba supaya hubungan kami tidak baik, dan ada yang takut datang jumpa saya di pejabat kononnya ada spy dan sebagainya. Ahli begini memang ada termasuklah cuba mengeksploitasi program seperti hari ini.
“ Pada saya semua sama. Siapa saja ahli Umno yang datang ke tempat saya untuk mahukan khidmat saya sedia bantu. Saya bela. Saya juga tidak berkira selagi ada ruang. Saya memang diajar berpolitik di dalam Umno berkhidmat untuk semua,” katanya yang mendapat sahutan ‘
hidup Umno’ daripada para hadirin.
Dalam pada itu, wakil rakyat Sukau itu meminta ahli-ahli parti di kawasan ini supaya sentiasa bekerja keras untuk kemajuan parti, sekaligus mengambil langkah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya umum dalam masa terdekat.
Selesai.