Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Festival Kesenian Islam Kawasan Kinabatangan

Saddi menerima cenderahati daripada pihak penganjur tanda penghargaan.
Saddi meyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan nasyid
Saddi bersama hadirin menyaksikan acara yang berlangsung.

SUKAU :


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, Festival Kesenian Islam di daerah ini memerlukan tranformasi dalam penganjurannya bagi mempastikan acara tahunan itu mampu menjadi antara mercu tanda utama dalam penyebaran dakwah dan syiar Islam di negeri ini.
Katanya, selain perlaksanaan program itu memerlukan penglibatan sepenuhnya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (Jaheins) daerah, penyertaan masyarakat Islam mewakili seluruh daerah Kinabatangan dan khidmat kalangan pendakwah serta professional Islam diperlukan dalam memperkasakan anjuran tersebut.

“ Saya juga menyarankan agar soal ganjaran hadiah kepada pemenang dalam beberapa acara ditingkatkan. Sebagai contoh Pertandingan naysid, tilawah Al-Quran, bacaan berzanji dan marhaban ditingkatkan kepada RM 500.00 dan RM1,000.... Pada tahun depan, sumbangan ini daripada pihak saya.
“ Kalau kita mahu berdakwah dan berjuang atas jalan Allah Swt, beginilah cara kita. Semuga apa yang kita lakukan ini mendapat kebaikan dariNya, “ katanya ketika merasmikan Festival Kesenian Islam Kawasan Kinabatangan kali ke dua di Dewan Sri Lamag di sini.
Saddi berkata, tumpuan yang mantap terhadap pembangunan dakwah Islamiah di daerah ini membuka ruang luas kepada kawasan ini untuk tampil sebagai pusat dakwah yang penting di Sabah pada masa depan.
Dengan kedudukannya yang strategik di pantai timur negeri ini, program kesenian Islam peringkat negeri umpamanya boleh dianjurkan sesuai dengan persekitaran dan aspirasinya samada melahirkan lebih ramai pendakwah dan pengikut agama cara hidup ini.
“ Kalau sebelum ini tumpuan kurang dapat kita berikan kepada bidang dakwah... Kini masanya sudah tiba untuk kita berkerjasama dalam membangunkan kegiatan Islamiah di daerah ini untuk kebaikan dan masa depan bersama,” katanya yang mendapat gemuruh lebih 300 orang yang hadir dalam program berkenaan.
Katanya, antara golongan disasarkan pada program dakwah ini ialah kalangan masyarakat muda mudi yang bukan saja terus mendapat tarbiah dalam pendidikan Islam, tetapi menghalang mereka daripada godaan dunia serta budaya negatif yang terus cuba mempengerahui mereka menerusi keupayaan bidang sains dan teknologi hari ini.
Ke arah mencapai salah sebuah daerah Islam yang berkembang dan seiring dengan aspirasi kerajaan, kata Saddi, beliau sedia melakukan apa saja termasuk menyokong seranan kalangan badan-badan dakwah dan kalangan professional Islam, terutama dalam menyediakan prasarana asas dalam mencapai agenda itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah kedua-dua Penolong Pegawai Daerah, Arisin Aripin (pembangunan) dan Madinin Jimin (pentadbiran), diikuti oleh pegawai-pegawai kerajaan mewakili kerajaan negeri dan persekutuan di daerah ini.
Dengan memberikan tahniah kepada Pejabat Daerah Kinabatangan kerana Berjaya menganjurkan program berkenaan kali kedua, Saddi berkata, nilai persembahan festival itu yang mengalami sedikit perubahan itu tahun ini, perlu dipertingkatkan seiring dengan tuntutan ajaran Islam masa kini.
“ Namun kepada saya, yang paling penting penyertaan samada pihak Jaheins serta masyarakat Islam mewakili kampung-kampung dari Daerah Tongod sampai ke Dagat dalam Dun Sukau perlu disertakan demi kebaikan dan masa depan penganjuran ini,” katanya.
Selesai.