Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI LITANG

Saddi menaiki bot untuk membawa bantuan banjir yang terputus perhubungan jalan.
Saddi menyampaikan barangan bantuan banjir kepada penduduk.
salah satu kediaman yang di naiki banjir.


LITANG;

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan masyarakat yang mendiami pinggir Sungai Kinabatangan supaya terus berhati-hati dengan bencana banjir yang melanda kawasan itu.
Katanya, ibu bapa bukan saja sentiasa memerhati pergerakan anak-anak mereka, tetapi berhati-hati ketika melakukan aktiviti ekonomi ketika menghadapi bencana banjir yang berlaku di luar musim berbanding bencana sebelumnya.

“ Apalagi perubahan cuaa ketika ini sukar kita ramal dan mengakibatkan bencana banjir sudah tentu kita perlu mengambil pelbagai langkah keselamatan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Nasihat saya ialah sentiasa bersedia menerima nasihat keselamatan daripada pihak kerajaan dan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

“ Jika sudah waktunya para penduduk berpindah ekoran bencana ini, jangan ragu-ragu melakukannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menyampaikan Bantuan Banjir kepada 36 keluarga mangsa banjir di Kampung Litang di sini pada Khamis. Majlis itu disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan, Madinin Zinin dan Penolong Pegawai Kebajikan Daerah, Murni Haji Juhari.

Unit PKR Dun Sukau turut diwakili Pegawai Kemajuan Masyarakatnya, Amirudin Mohd Damit dan Pemaju Mukim Litang, Bahri Haji Omarmaya.
Kata Saddi, perubahan cuaca yang berlaku di peringkat global turut membimbangkannya kerana sedikit sebanyak ia memberi tempias kepada kepentingan penduduk di pinggir Sungai Kinabatangan yang saban tahun menerima ancaman banjir.
Di Litang walaupun perjalanan ke kampung itu mengambil masa yang agak lama, kata Saddi, sentiasa mendapat keutamaannya terutama menangani isu keselamatan seumapama itu. Ini kerana kesetiaan yang sekian lama diberikan rakyat kawasan itu kepada kerajaan BN.

Beliau merasa sedih kerana setiap kali musim banjir di Litang ianya bukan saja mengancam keselamatan penduduk mendiami kawasa rendah, tetapi bencana itu turut menjejaskan sistem perhubungan ke kampung itu yang menyukarkan penduduk mendapat keperluan makanan dan menjalankan kegiatan ekonomi.
Dalam pada itu, Saddi menyaranmkan, maklumat segera dan tepat kejadian sedemikian harus disampaikan kepada pihak kerajaan bagi membolehkan mangsa-mangsa terjejas segera menerima bantuanr daripada pihak kerajaan.

Menjelaskan bahawa kegagalan memberikan maklumat adalah punca kelwatan bantuan disampaikan, Saddi berkata, pemimpin akar umbi yang dipertanggungjawabkan tugas itu harus menyenaraikan penduduk yang terlibat tanpa mengambilkira kedudukan dan latar belakang politik mereka.

“ Semua yang menerima musibah ini akan dapat bantuan samarata. Kerajaan BN tidak akan menafikan hak rakyat walaupun bukan menyokong mereka. Kerana ini cara kita memberikan khidmat. Maka pemimpin di bawah perlu ada semangat membela rakyat dan rakan-rakan sekampung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan para pemimpin berkenaan di kawasan-kawasan yang berisiko banjir supaya melaporkan bencana itu kepada pihak kerajaan khususnya Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kinabatangan untuk mendapatkan langkah-langkah bantuan.

Selesai.