SADDI AKAN TELITI KES TANAH KOYAH
Oleh Awang Ahmad.
SUKAU: Wakil rakyat kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pihaknya akan meniliti kandungan memorandum penduduk di sini berhubung kes pemilikan tanah Sungai Koyah di sini sebelum beliau kemukakannya kepada pihak berwajib.
“ Sebagai wakil rakyat saya wajib menerima bantahan golongan pekebun kecil ini dan setelah menelitinya dan mempertimbangkan keperluannya, saya akan menyerahkannya kepada pihak berwajib,” katanya.
Kata Saddi, sekiranya tidak ada jalan penyelesaian berhubung perkara itu dari mana-mana pihak terlibat dalam memorandum bantahan itu, mahkamah adalah jalan penyelesaian yang paling tepat bagi mengembalikan hak itu kepada mereka yang layak.
Kerana pihak perundangan sajalah, tegas Saddi, dapat melihat segala masalah, keperluan dan keadilan di sebalik kes tanah seluas lebih 4,000 hakter itu secara jelas dan sewajarnya ianya akan berpihak kepada mereka yang benar.
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum bantahan itu daripada Jawatankuasa Bertindak Pemilikan Tanah Sungai Koyah A, B dan C yang diketuai Jamal Sinyor bersama 400 peserta yang hadir.
Saddi berkata, kes pemilikan tanah Koyah adalah isu yang rumit sebelum ini. Namun ia melibatkan kepentingan sebahagian besar penduduk kawasan itu sejak kelulusan tanah berkenaan dikeluarkan kerajaan negeri lebih 25 tahun lalu.
Katanya, ketika menjadi Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan (ADO), beliau sudah mengetahui berhubung kedudukan tanah tersebut dan tidak menyangka perkara itu bakal beliau hadapi sesudah dipilih menjadi wakil rakyat.
“ Saya sendiri pernah beberapa kali mengemukakan soalan pada Sidang Dewan Undangan Negeri, ditujukan kepada agensi terlibat mengenai status tanah berkenaan. Tetapi sehingga hari ini saya tidak mendapat jawapan termasuk daripada Jabatan Tanah dan Ukur.
“Samada mereka tidak boleh atau tidak mahu jawab soalan itu, saya tidak pasti..Tetapi saya rasa masih berkesempatan mengulanginya di masa hadapan,” katanya.
Menurut Saddi lagi, kes berkaitan pemilikan tanah Koyah sudah menjadi isu bertindih di Sukau. Kerana selain berkaitan perebutan kes pemilikan dokumen tanah antara pekebun kecil dan syarikat perladangan yang didakwa, tanah tersebut kini sedang diduduki oleh masyarakat perladangan haram yang status dokumen kerakyatan mereka diragui.
Kes pendudukan tanah oleh masyarakat luar itu juga, kata Saddi, telah tidak dapat diselesaikan oleh ramai pihak termasuklah daripada pihak pentadbiran Jabatan Tanah dan Ukur sendiri walaupun sudah berulang kali ke kawasan itu dan dapat melihat kebenaran isu itu.
“ Yang menyedihkan saya adalah kepentingan rakyat tempatan khususnya dari kawasan ini dapat diberikan pembelaan sesuai dengan amanat kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“ Pada satu majlis makan malam beliau dengan Kelab Penyokong Kerajaan BN di ibu negara baru-baru ini, Datuk Seri Najib mengamanah kepada semua wakil rakyat supaya berkerja keras menyelesaikan masalah rakyat sebagai salah satu peranan setiap wakil rakyat.
“ Saya melihat isu tanah ini yang berlarutan sekian lama perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak. Baik melibatkan pimpinan kerajaan, pegawai-pegawai jabatan dan pemimpin akar umbi dan perundangan. Jika tidak isu ini akan berlarutan,” katanya.
Sebelum itu, ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di dewan berkenaan hampir dua jam, Saddi menegaskan, ada cirri-ciri ‘litlle nepoleon’ di sebalik isu pemilikan tanah rakyat berkaitan kawasan Koyah itu.
Ini kerana, katanya, ada pihak cuba mempolitikkannya, khususnya dari kalangan pembangkang yang mahu mengambil kesempatan dari kesusahan rakyat berhubung kes pemilikan tanah berkenaan.
“ Kes seperti ini tidak perlu dipolitikkan. Melainkan jabatan dan kakitangan kerajaan sendiri diberi peranan dan keyakinan yang cukup untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Untuk berhadapan dengan pelbagai kes tanah rakyat di kawasan Dun Sukau, beliau mengambil pendekatan dengan menyuarakannya pada sidang Dewan Undangan Negeri sejak menjadi wakil rakyat di kawasan ini.
Yang terbaru, kata Saddi, beliau telah mempersoalkan berkaitan hak dan permohonan tanah penduduk di beberapa kampung seperti Sentosa Jaya, Perpaduan, Batu Putih dan beberapa lagi di sidang berkenaan.
“ Alhamudillah, setelah sekian lama tertangguh, kerajaan negeri sudahpun meluluskan permohonan mereka dan kini sebahagian tanah berkenaan sudahpun mendapat surat pengukuran….Inilah cara kita bekerja dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Kata Saddi, soal tanah adalah soal pokok di kawasan ini untuk diselesaikan kerajaan termasuklah soal rizab kampung, tanah anak negeri dan sebagainya. Kerana inilah sebahagian daripada mata pencarian dan sumber ekonomi rakyat.
“ Kita ada pemimpin yang hebat seperti Datuk Seri Najib, kita ada juga Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sendiri yang berwawasan. Yang penting kita setia kepada kerajaan dan bekerja untuk kebaikan ekonomi di kawasan ini.
“ Jangan terima pemimpin pembangkang yang kononnya-kononnya bijak dan berpengaruh. Sedangkan mereka masih mengharapkan simpati rakyat seperti di pedalaman ini yang amat bergantung kepada bantuan dan perhatian sebuah kerajaan yang komited membela rakyat,” katanya.
Selesai.