Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

KUNJUNGAN KEHORMAT YB SADDI KEPADA CM




KUNJUNGAN KEHORMAT YB SADDI KEPADA CM




KOTA KINABALU:




Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengambil peluang untuk mengetuai satu kunjungan kehormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di hari akhir Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu Khamis lepas.
Saddi yang bersama-sama Pengurus Besar Lembaga Perumahan bandar Negeri Haji Jenar Lamdah ingin memberikan penerangan serta undangan kepada Ketua menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah sempena Pelancaran Pekan Baru Sukau, di Kampung Sukau, dalam kawasan Parlimen Kinabatangan dalam tempoh terdekat.
Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Penolong Pegawai Projek Pekan Baru, Isidore Lajawah.
Berasaskan pertemuan itu majlis pecah tanah itu dijangka diadakan di tapak dicadangkan pada bulan Jun depan.
Dalam riaksi Ketua Menteri, beliau amat menyambut baik cadangan mengujudkan pekan baru itu yang membolehkan kedudukan ekonomi penduduk setempat serta kawasan Sukau dapat ditingkatkan.
Bagaimanapun beliau mengharap tarikh yang ditetapkan pihak penganjur mengadakan majlis pecah tanah itu dilakukan ketika beliau berada di dalam negeri.
Pada sidang dewan hari ketiga, Saddi yang membahs ucapan Dasar Kerajaan oleh Yang Dipertua Negeri selama 40 minit memuatkan cadangan mengujudkan Pekan Baru Sukau sebagai salah satu cadangannya yang sudah dikemukakannya kepada kerajaan sebelum dengan mengharapkan cadangan itu direalisasikan demi kebaikan rakyat setempat.
Katanya, dengan adanya pekan baru itu bukan saja demi memperbaiki ekonomi setempat, tetapi membolehkan kawasan baru ini menjadi pusat pengstrukturan semula pentadbiran kerajaan di daerah Kinabatangan.
Cadangan itu juga, kata Saddi, mampu memenuhi matlamat pembangunan ekonomi rakyat di bawah pengwujudan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, kea rah memperkasakan produk-produk dalam kawasan Dun Sukau yang ketika ini menumpukan bidang pelancongan dan perladangan sebagai sasaran meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kawasan itu .
Cadangan itu kemudiannya mendapat riaksi positif kerajaan negeri apabila Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Mohd Noor mengumumkan bahawa pelan pekan baru sukau di kawasan 104 ekar sudahpun diluluskan. Kerajaan negeri akan memulakan perlaksanaan bagi pekan itu pada awal Rancangan Malaysia ke 10.