Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sekitar Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kinabatangan


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman semasa menyampaikan ucapan
Saddi menerima cenderahati dari pada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kinabatangan,  Datuk Napsah Datuk Pangiran Galpam
Wanita Bahagian menyanyikan lagu raya
Antara tetamu kehormat yang hadir
Bergambar sempena majlis tersebut


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kedudukan majoriti ahli Pergerakan Wanita Umno Malaysia paling besar dalam parti kebangsaan itu telah meletaknya menguasai ‘saham terbesar’ agar Parti Umno terus unggul sebagai tunjang perjuangan Barisan Nasional (BN) di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, kedudukan ahli yang terbesar meyakinkan pergerakan itu untuk mendapatkan kepentingan sekurang-kurang 30 peratus daripada apa yang disuarakannya di dalam Umno.

“Ketika ini pun, pergerakan wanita Umno Malaysia terbukti menguasai jentera pilihanraya di dalam Umno dan Komponen Barisan Nasional (BN) di seluruh tanahair setiap kempen pilihanraya. Semestinyalah setiap kehendak dan pendapat wanita Umno di dengar dan dihormati.

“Kekuatan inilah yang menjadikan wakil rakyat seperti saya begitu menghormati dan menyanjung tinggi perjuangan pergerakan ini. Sub kepimpinan lain termasuk Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan pimpinan induk bahagian di Kinabatangan sentiasa dihati saya,” katanya.

Berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kinabatangan di Dewan Seri Gumantong, Batu 7 Sandakan di sini, Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) itu berkata, jasa dan pengorbanan pergerakan itu terhadap negara semenjak mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, diikuti kemasukan Umno di Sabah 19 tahun lalu harus dikenang.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam mesyuarat itu ialah Ketua Pegerakan Wanita Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Napsah Datuk Pangiran Galpam, Para Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang turut diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Datuk Pangiran Galpam,  diikuti lebih 400 perwakilan dan pemerhati  mewakili pergerakan itu.

Datuk Saddi berkata, kegigihan ahli-ahli pergerakan itu menjalankan segala tanggungjawab kepartian termasuk di kawasan luar bandar Kinabatangan,  bukan saja membolehkan Umno dan BN terus diterima oleh rakyat dalam setiap kempen pilihanraya.

“Tetapi mereka yang terdiri dari kalangan ibu dan isteri dapat memperjuangkan secara mutlak kehendak, aspirasi dan pembelaan setiap keluarga dan masyarakat sebagaimana yang diperjuangkan Umno dan BN di negara ini,” katanya.

Untuk itu, Saddi mengajak agar kedudukan tersebut dapat dieksploitasi  dalam mendominasi matlamat mentranformasikan perjuangan Umno, selain bersama-sama menjayakan  seluruh kemajuan yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia  yang dicetuskan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kebangkitan pergerakan itu melaksanakan tanggungjawabnya akan  mampu membantu BN mencapai kemenangan yang besar pada PRU ke 13 khususnya di kawasan Kinabatangan. 

“Beritahu rakyat supaya kali ini jangan ada sikap merajuk dan menolak pemimpin yang dipilih  parti dan BN seperti sebelum ini. Berikan sokongan padu kepada siapa juga calon demi mempastikan Umno dan BN terus kekal menerajui pemerintahan negara ini,” katanya.

Terdahulu dari itu, Napsah ketika menyampaikan ucapannya menghargai sumbangan yang diberikan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil termasuk dalam memberikan bantuan 1 Azam kepada pemohon yang layak mewakili pergerakan itu.

“Namun kalau boleh kami merayu supaya bantuan ini dapat diterukan kerana ramai lagi ahli pergerakan ini yang memerlukan pembelaan,” katanya.

Saddi serta para perwakilan dan pemerhati yang hadir turut diraihkan pergerakan itu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di ruang legar dewan Sri Gumantong.