Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tiada pemimpin pembangkang boleh mempertikaikan sumbangan kerajaan BN selama ini

Saddi menyampaikan ucapan
Saddi menyampaikan sumbangan kepada para Oku dan balu-balu, sambil diperhatikan Abdul Manap dan Aziz
Saddi menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan karaoke
Sedang memeriksa jambatan konkrit yang baru dibina di kampung tersebut



Golongan kecil yang pro pembangkang tidak perlu mempersoalkan keupayaan dan peranan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela rakyat negara ini kerana  parti pemerintah itu mampu menunaikan tanggungjawab dan mandat  diberikan rakyat   dalam mengurus dan mengisi kemajuan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pemimpin mewakili  kerajaan hari ini bukan saja terbukti berupaya menuntut kemerdekaan daripada penjajah tetapi telah terbukti mampu mengisi kemajuan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat sejak 55 tahun.

“Tidak ada mana-mana pemimpin termasuk mewakili pembangkang boleh mempertikaikan peranan yang sudah disumbangkan kerajaan BN selama ini.

“Sambil kerajaan telah menyediakan segala kemudahan dan khidmat, termasuk  yang dikecapi oleh mereka yang keliru dan menyokong  pihak pembangkang, BN mampu membawa rakyat dan negara ini mencapai impian menuju negara maju lapan tahun dari sekarang,” katanya.

Berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Merdeka Kampung Lubukan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan, Pengerusi Korperasi Pembangunan Sabah (KPD) itu berkata,  kawasan Dun Sukau termasuk di persisiran pantai itu  telah menikmati banyak bantuan kerajaan demi pembelaan kepada rakyatnya.

Saddi menegakan, kesatuan yang kuat antara rakyat dan pemimpin di dalam Parti Umno dan BN akan mampu menjayakan masa depan pembangunan di kawasan persisiran pantai itu.

“Memang saya sedar kawasan ini memiliki banyak kekurangan dan kelemahan terutama dari segi pentadbiran kawasan ini yang diletakkan di bawah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

“Tetapi saya yakin isu kekurangan ini pasti akan dapat kita selesaikan dengan kesatuan rakyat serta kerjasama dengan pemimpin di peringkat kawasan dan pucuk pimpinan,” katanya.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan itu ialah Pengarah Jasa Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba dan Penolong Pengarah Jasa Kinabatangan, Pangiran Aziz Pangiran Damsah dan Pengerusi Umno Zon Lubukan merangkap Pengerui Penganjur majlis itu Encik Awang Damit.

Untuk mencapai gagasan kemajuan rakyat, kata Saddi, pertikaian kecil antara sesama rakyat dan pimpinan wajib diketepikan demi kebaikan BN dalam kawasan itu.

“Saya sendiri sudah lama memaafkan kesilapan-kesilapan yang dibuat individu rakyat. Semua ini demi kebaikan Umno dan BN dalam kita menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 13 yang dijangka diadakan bila-bila masa,” katanya.

Sebelum itu, Abdul Manap berkata, prinsip diambil rakyat untuk terus menyokong kerajaan hari ini mengambarkan bahawa mereka amat menolak perpecahan  dan huru hara sebagaimana berlaku di negara luar atas kecuaian mengekalkan perpaduan dan menyokong kerajaan yang bertanggungjawab.

“Kita amat bertuah di negara ini kerana macamanapun kita boleh hidup dengan aman dan memajukan ekonomi yang memberikan kebaikan kepada rakyat. Kita harus kekalkannya dengan menyokong ebuah kerajaan bertanggungjawab seperti BN,” katanya.