Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tuntutan pembangunan rakyat dapat dipenuhi sekiranya terus memberikan mandat kepada BN








Tuntutan pembangunan rakyat di kawasan ini dapat dipenuhi sekiranya mereka terus memberikan mandat sepenuhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)  pada pilihanaya umum ke 13 (PRU13), kata Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, kerajaan BN sudah tentu akan mempertingkatkan peruntukan di kawasan ini dalam tempoh lima tahun berbanding lebih RM200 juta yang disalurkannya dalam tempoh itu sebelum ini.

“Sejak saya mendapat mandat rakyat, lebih RM200 juta diperuntukkan di kawasan Dun Sukau meliputi keperluan pembinaan dua loji bekalan air di Kampung Mangaris dan Bilit, diikuti projek pemasangan paip dasar laut dari Sandakan ke Tanjung Aru, kemudahan menaiktaraf jalanraya, kemudahan perumahan rakyat termiskin (PPR) dan banyak lagi untuk menaiktaraf pembangunan di kawasan ini.

"Jumlah ini tidak termasuk yang disalurkan di bawah peruntukan Adun dan sebagainya. Namun saya percaya, jika rakyat Dun Sukau memberikan mandat kepada BN pada PRU ke 13, kawasan ini akan mampu dimajukan termasuk pelan pembangunan yang telah saya rancang,” katanya.

Berucap pada Majlis Rumah terbuka Merdeka raya bertemakan ‘Janji Ditepati,’ anjuran beliau di Dewan Masyarakat Sandakan di sini kelmarin, Saddi berkata, penyediaan bekalan air, jalan kampung, serta prasarana sosiall antara kemudahan yang mampu mewarnai kehidupan sosio-ekonomi rakyat di kawasan ini, sehingga 60 peratus peningkatan  berbanding sebelumnya jauh ketinggalan.

“Kita melakukan perubahan ini mengikut perancangan. Antaranya kita melakukan penggredan bintang kepada kampung-kampung yang diutamakan, berbanding yang mampu memiliki kedudukan ekonomi yang baik.

“Kita memberikan keutamaan kepada isu tanah, isu kebajikan, keperluan bantuan kerajaan di bawah E Kasih dan isu belia di bawah makmal masing-masing. Daripada kelemahan yang wujud di setiap sektor ini kita menyediakan rancangan merubahnya termasuk sebuah lanskap ekonomi yang penting iaitu Pekan Baru Sukau, Bandar Biodiversiti yang sudahpun diluluskan kerajaan negeri,” kata Saddi.

Kata Saddi, semua peracangan olehnya menerusi pelan induk pekan baru itu termasuk menstrukturkan semula pentadbiran kawasan DUN Sukau boleh dilakukan menerusi sokongan rakyat kepada kerajaan BN.

“ Saya mencadangkan di bawah pelan ini, agar 16 buah kamuong di bawah  kawasan persisiran pantai yang ditadbir Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) boleh dikembalikan kepada pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan yang akan berpejabat di dalam kawasan Pekan Baru Sukau ini. Kedudukan pentadbiran ini yang strategik di tengah kawasan Dun Sukau sudah tentu akan memudahkan seluruh rakyat kawasan ini,” kata Saddi.

Kira-kira lebih 4,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka yang dihoskan penghibur terkenal tempatan, Abu Bakar Ellah. Turut membuat pesembahan ialah artis Residen Sandakan FM, dan  anak-anak wakil rakyat itu diketuai Sabhi.

Antara yang sempat hadir ialah Ahli parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Haji Mohd Hamsan haji Awang Supain, Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Haji Ariffin, Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Fadzil Mohd Ali, para pemimpin Umno Kinabatangan yang diketuai oleh Naib Ketua UMNO Bahagian itu, Azman Haji Mastar, Ketua Pergerakan Wanita bahagian itu, Datuk Napsah Datuk Haji Pangiran Galpam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian itu, Matmin Itin.

Para pemimpin mewakili komponen BN dari kawasan Sandakan juga tidak melepaskan peluang hadir meraihkan rumah terbuka Aidilfitri dan Merdeka ke 55 tahun itu.

Saddi dan isteri, Datin Nordiah Jamri bersama anak-anak, diikuti kakitangan Unit PKR diketuai Sharin Haji Abdul Rahman turut meluangkan masa melayani para tetamu bermula pukul 9.00 pagi sehingga jam 3.30 petang.

Beberapa acara menyerikan majlis itu. Antara menyanyikan lagu raya dan lagu-lagu petriotik beramai-ramai. Majlis penyampaian sumbangan wang tunai kepada kanak-kanak kelainan upaya dan kanak-kanak yatim piatu daripada Sekolah Khas S.K. Sungai Anib 111,
Saddi turut diminta meniup lilin sempena menyambut harijadi beliau ke 53 tahun.

Wakil rakyat itu turut menyampaikan sumbangan buku mengenai rumpun etnik Orang Sungai Buludupi yang disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang penyelidik tempatan.
Saddi kemudian mendendangkan sebuah lagu ditujukannya khas kepada pengundi di kawasan itu, Ayah dan Ibu.