Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

SADDI TAWAR TANAH UNTUK BANGUNAN KOMPLEKS PERPADUAN KINABATANGAN

SUKAU:

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Saddi hj Abdul Rajman menyambut baik hasrat Jabatan perpaduan Negara Cawangan Sabah untuk menwujudkan sebuah kompleks perpaduan dalam kawasan Daerah Kinabatangan bagi memenuhi hasrat jabtan tersebut.

Beliau turt menawarkan agar kompleks tersebut dibina dalam kawasan Dun Sukau, berhmapiran Pejabat Pusat Rukun Tetanggan (PRT) yang terletak di Kampung Sentosa Jaya, disini. "Berapa keluasan tanah yang dikehendaki jabatan ini, pihak saya memberi jaminan untuk menyediakan di kawasan tapak pekan ini". katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri sempena perasmian Bangunan Pusat Rukun Tetangga Daerah Kinabatangan bernilai lebih RM200,000 di Kampung Sentosa Jaya disini, Sabtu lepas. Saddi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau itu berkata, kewujudan sebuah kompleks Perpaduan di kawasan tersebut bukan semata-mata memfokuskan soal perpaduan di kalangan golongan sasaran tetapi dapat membantu menjana pembagunan sosioekonomi masyarakat terlibat, selaras dengan dasar dan matlamat kerajaan.

"Kerana nilai perpaduan yang tinggi dan berkualiti, akan membentuk masyarakat bukan saja harmoni dan ejahtera dalam konteks perpaduan, tetapi bekerjasama dalam menjana pembagunan ekonomi sejagat. " Aspirasi ini terkandung dalam dasar Transformasi Nasional yang menjadi intipati Gagasan 1 malaysia dan turut menjadi elemen penting Model baru Ekonomi. Sebagaimana yang kerap ditegaskan Perdana Menteri, datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, perpaduan nasional amat berkesan dalam soal pembagunan ekonomi, keselamatan dan kejayaan pendidikan serantau" katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi nasional Negeri, Nurul Akmalina Hj Samsudin Pegawai -Pegawai di bawah jabatan tersebut di Kinabatangan dan Sandakan serta kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat yang PKRnya, Sharin Hj Abdul Rahman. Ketika menyampaikan ucapan di majlis itu Akmalina berkata, jabatannya mempunyai cadangan untuk membina kompleks Perpaduan sedemikian di Sabah.

Katanya, kompleks seumpama itu boleh diwujudkan di Kinabatangan sekiranya ada pihak menawarkan sebidang tanah bagi pembinaannya. Saddi berkata, selain kawasan ini menjadi tumpuan pelancongan masyarakat luar dan berbilang kaum dinegara ini, kawasan ini sendiri didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan majoritinya dari kalangan etnik masyarakat Sungai, diikuti kepelbagaian etnik Bugis, Dusun dan Iban, antara lain.

mengenai kewujudan Pusat Rukun Tetangga DI sentosa Jaya, Saddi berharap kewujudannya dapat meningkatkan nilai perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat daerah ini. Dengan pelbagai aktiviti masyarakat yang diadakan diikuti komitmen yang tinggi di kalangan kakitangan dan petugas jabatan itu, Saddi percaya isu berkaitan keselamatan, masalah sosial khususnya penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas di kalangan remaja di kawasan ini dapat dibendung secara berperingkat- peringkat.

"Ianya bukan saja dapat membantu kerajaan mengatasi pelbagai masalah yang timbul di kalangan remaja masa kini, tetapi yang tidak kurang pentingdapat meningkatkan imej kemajuan terhadap rakyat di kawasan Dun Sukau" katanya. saddi berkata beliau dan Unit PKR Dun Sukau akan sentiasa berkerjasama dengan Jabatan itu.

"Kalau ada aktiviti yang memerlukan penyertaan saya, sudah tentu demi rakyat dan kawasan ini saya tidak akan menolaknya," katanya.