Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

HENTI LAGAKAN SAYA DENGAN BUNG MOKTAR

KINABATANGAN: 19 julai 2010- Selasa.
Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Abdu Rahman meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang cubaan untuk melaga- lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Saddi berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak baik kepada UMNO tetapi rakyat di kawasan itu. "saya percaya ada orang tidak bertanggungjawab cuba menangguk diair keruh dengan menyampaikan sesuatu yang tidak benar kepada Bung Moktar.
"Nasihat saya hentikan tindakan tidak bertanggungjawab itu" katanya ketika berucap pada majlis perasmian perlawanan bola sepak anjuran bersama pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan dan Mukim Kampung Troglit di padang Sepimog, Sukau dekat sini semalam.
Majlis tersebut dirasmikan oleh timbalan Menteri Belia dan Sukan, datuk Razali Ibrahim. Hadir bersam ketua pegerakan Pemuda UMNO batu Sapi, Firdaus Akbar Khan dan pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Sharin Abdul Rahman.
Saddi berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut selepas namanya dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab memburukkan Bung Moktar pada mesyuarat Perwakilan itu baru-baru ini. Menurutnya, beliau sendiri sudah menerangkan kepada Bung Moktar dan ketua UMNO bahagian Kinabatangan itu menerima penjelasannya.
" Kami tidak ada apa-apa, malah hubungan kami kembali pulih sebelum majlis itu berakhir," katanya. Saddi berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana pihak yang mendapat kesan san merasa kerugian adalah rakyat kawasan DUN Sukau masih memerlukan pembelaan daripada semua pemimpin Barisan Nasional yang telah dipilih mereka.