Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Program Nur Bistari, Kampung Perpaduan

Saddi menerima cenderahati daripada Napsah selepas merasmikan Nur Bistari anjuran Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan di Kampung Perpaduan



Saddi, Napsah, Sharin dan Amiruddin berdiri ketika nyanyian Negaraku berkumandang sempena Majlis Nur Bistari di Perpaduan, Kinabatangan


::SUKAU:: 14hb December 2009

Kalangan Kaum wanita perlu terus, melebarkan usaha mereka ke arah pembangunan diri dan menguasai kemajuan modal insan dalam mempastikan golongan itu terus seiring dengan pembangunan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Hj Abdul Rahman berkata, penerapan minat serta pemilikan nilai qualiti kerja samada dalam soal kerjasama, kemahiran dan keupayaan pengurusan yang tinggi membolehkan mereka mampu menarik perhatian kerajaan.

"Maka saya sarankan golongan wanita di kawasan ini supaya mengadakan lagi usaha mereka dalam soal-soal kerjasama ke arah kemajuan diri serta secara berkelompok agar mereka sentiasa terus bersama-sama kerajaan dalam menjayakan pembangunan.

"Dasar kerajaan negeri dan pusat sentiasa terbuka dan diperbaiki untuk membantu kaum wanita di negara ini. Apa yang penting kita sentiasa bersikap terbuka dan mencari peluang, sekaligus memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai kaum wanita yang terikat oleh budaya dan latar belakang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Nur Bestari anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kinabatangan di Dewan Serbaguna Perpaduan di sini hari ini.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan, Datuk Dayang Napsah Datuk Pengiran Mohd Galpam.

Saddi berkata, kearah memajukan kaum wanita di Kinabatangan, golongan itu perlu mempunyai hubungan baik dengan semua pihak di kawasan itu, khususnya kerajaan dalam mempastikan matlamat pembangunan mereka tercapai.

Samada usaha mereka memfokuskan kepada sosioekonomi keluarga, politik dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan kerjasama kukuh dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan semua pemimpin di kawasan itu.

"Sokongan sedemikian adalah salah satu modal utama mereka untuk mengetahui peluang dan ruang dalam menerokai banyak bidang dan melipatgandakan usaha untuk kemajuan golongan itu" katanya.

Sebagai wakil rakyat di Dun Sukau, tegas Saddi, beliau sendiri sentiasa mencari jalan untuk menempatkan kaum wanita yang lebih ramai dan berkemampuan menjadi 'rakan kerja' dalam tugas dan tanggung jawab membela dan membangunkan rakyat di bawahnya.

"Peluang seperti ini sentiasa ada, termasuklah di bawah unit PKR hingga mereka diserapkan dimana-mana badan JKKK di kawasan-kawasan kampung, namun kita mengharapkan daya usaha mereka untuk terus bekerjasama dan memperlihatkan skill dan kualiti kerja yang berkesan untuk kebaikan bersama, " katanya.

Mengenai program itu kata Saddi, ianya suatu pembudayaan berterusan terhadap kaum wanita di kawasan ini dalam menonjolkan bakat dan kemampuan mereka dalam pelbagai bidang sekali gus langkah berkesan untuk membantu kerajaan membela golongan sasar kaum itu.

"Saya menyarankan agar program seperti ini berterusan dan mampu memfokuskan pendedahan skill dan kemahiran mereka dalam banyak bidang ilmu serta ekonomi yang bukan saja menjadikan golongan ini lebih berdaya juang tetapi berdaya saing dan berdaya maju, sesuai aspirasi dan kehendak setempat", katanya.
Selesai.