Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Persatuan Teksi & Kereta Sewa Bumiputra





Saddi menerima cenderhati daripada Rahman Seridiong sambil diperhatikan anggota yang lain dan Sharin. 




SANDAKAN:(27/12/2009)

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman memberi jaminan, pelbagai masalah yang dihadapi oleh mana-mana persatuan berkaitan pengangkutan awam dapat diselesaikan jika wujudnya hubungan baik badan itu dengan pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, masalah asas seperti tempat meletakkan kenderaan, tempat mengambil dan menurunkan penumpang, penyelasaran harga tambang dan sebagainya, malah promosi terhadap perkhidmatan itu boleh dimajukan berasaskan hubungan baik pihak pengusaha pengangkutan dan pihak kerajaan..

“ Yang penting, pihak penguasa yang biasa diwakili oleh sebuah persatuan harus menunujukkan kedudukan dan peranan mereka sebagai sebuah badan berdaftar dan diiktiraf kerajaan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Teksi dan Pengangkutan Sewa Bumiputera Sandakan (PPTPS) di Dewan Perpusatakaan Sandakan di sini Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengerusi Persatuan itu, Rahman Seridiong dan PKR Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman.

Saddi berkata, persatuan mewakili sektor itu bukan saja bersedia memantapkan hubungannya dengan pihak kerajaan, tetapi sanggup menunjukkan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini demi kebaikan mereka.

Katanya, walaupun apa yang mereka perlukan tidak semestinya serta merta ditunaikan, tetapi hubungan baik dengan pihak kerajaan dan pemimpin BN membolehkan tuntutan dan kehendak mereka dilayani walaupun secara berperingkat-peringkat

Kata Saddi, sudah semestinya Barisan Nasional (BN) yang membudayakan falsafah perjuangan dan pembelaannya sentiasa bersikap mudah memberikan khidmat diperlukan, apalagi terhadap mana-mana badan yang memberikan sokongan padu kepada kerajaan.

Kata Saddi, amat wajar kepada semua ahli PPTPS untuk terus memberikan sokongan dan keyakinan kepada para pemimpin dari kawasan ini, khususnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bagi membolehkan pemimpin itu membantu mereka.

“ Sebagai pemimpin Umno dan Ketua Menteru yang penuh pengalaman dan menghayati keperluan seluruh rakyat, sebagai masalah dan keperluan persatuan ini sudah tentu dapat dibela dan dibangunkan ke arah menjayakan sektor pengangkutan di kawasan ini, khususnya.

“ Sudah tentu Ketua Menteri memahami hasrat bagaimana untuk menjana pembangunan sebuah bandar menerusi peranan yang dimainkan sektor ini…. Maka kesempatan dan peluang yang ada tidaklah harus dilepaskan persatuan ini,:” katanya.


Saddi berkata, keputusan persatuan itu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Mejar Kehormat Samsudin Haji Yahya sebagai penaung mereka merupakan ‘jambatan kuat’ untuk mendapatkan khidmat kerajaan dan sokongan padu daripada Ketua Menteri itu.

Beliau juga menambah, persatuan itu perlu mengemaskini dan menyusun struktur pentadbirannya sesuai dengan kehendak persatuan itu dengan menggunakan jumlah ahli yang ada sebagai aset kesatuan untuk berjaya.

Katanya, walaupun kerap adanya pertandingan merebut jawatan pengerusi, tetapi ianya harus dilihat sebagai kesan positif untuk memajukan badan itu berasaskan minat dan agenda yang ingin direalisasikan ahlinya.

“ Berganding boleh ramai. Tetapi kesatuan harus diutamakan selepas pertandingan itu demi kekuatan persatuan ini dan mereka yang diberi mandat perlu beramanah serta bertanggungjawab, selain menunjukkan kredebiliti sebagai ketua dan pemimpin yang boleh dibanggkan persatuan dan ahli-ahli,”: katanya.

Selesai.