Saddi menyampaikan cendehati kepada Haji Saiful, sambil diperhatikan Marni, Noh dan Haji Salleh Janan.
:SANDAKAN :(20/12/2009)
:SANDAKAN :(20/12/2009)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kerajaan negeri wajar menyediakan pelan terbaik bagi membantu mana-mana badan korperasi di negeri ini yang memerlukan pembelaan dan keutamaan.
Beliau yang juga Pengerusi Koperasi Tanikan Kinabatangan Berhad berkata, aspek itu merangkumi bidang kuasa kerajaan negeri serta pembiayaan peruntukan dan dana khas di bawah pembentangan Bajet Negeri.
“ Keperluan ini bukan saja boleh membantu koperasi yang memajukan bidang pertanian dan perikanan yang berkaitan penyediaan tanah dan sebagainya, tetapi juga bantuan kewangan bagi menggerakkan projek-projek ekonomi koperasi berdaya maju seperti bidang hartanah, komoditi dan asas tani, pelancongan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya di Mesyuaran Agung Koperasi Tanikan Kinabatangan Berhad di Dewan ILP di sini, Ahad lepas.
Bagaimanapun, kata Saddi, tumpuan terhadap perkara itu belum lagi bermula dan berharap ianya disegerakan bagi membantu mana-mana badan koperasi untuk memberikan sumbangan besar kepada sektor ekonomi negeri.
Menambah bahawa badan koperasi ketika ini diperkasakan entitinya di bawah Suruhanjaya Korperasi Malaysia (SKM), kerjasama berkonsepkan ‘menang-menang’ melibatkan kerajaan negeri, kata wakil rakyat itu, mampu menyusun pembangunan ekonomi rakyat seiring usaha kerajaan Sabah membebaskan rakyat dari kemiskinan sifar menjelang tahun depan dan menjadi sebuah negeri maju lima tahun lagi.
Sehubungan itu, wakil rakyat Dun Sukau itu mempersoalkan bentuk pengurusan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kerana memperlekehkan permohonan pihaknya yang mengemukakan permohonan perniagaan berasaskan komoditi itu di Kinabatangan.
Saddi menjelaskan, MPOB bukan saja bersikap acuh tak acuh terhadap permohonan koperasi membuka sebuah pusat Rem, iaitu pusat membeli dan menjual buah kelapa sawit tandan segar setempat, dicadangkan di Kampung Sentosa itu, sehingga mengambil masa sembilan bulan.
“ Tetapi menolak permohonan koperasi ini dengan alasan tidak kukuh yang mendakwa jarak pusat Rem yang kami cadangkan itu tidak memenuhi syarat 15km dengan sebuah lagi pusat Rem yang sudah diwujudkan di kawasan ini.
“ Sedangkan apa yang sudah wujud di Kinabatangan adalah sebaliknya,” katanya yang mengulas jawapan MPOB itu.
Mesyuarat itu dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM Sabah, Haji Saiful Bahri haji Omar. Turut serta dan memberikan beberapa penjelasan ialah Penolong Pengarah SKM, Marni Sulaiman dan pegawainya, Noh Abdullah.
Kata Saddi, tindakan itu bukan saja menggambarkan bahawa MPOB tidak telus dalam perkhidmatanya kepada rakyat di Kinabatangan, kawasan terbesar dalam negara menghasilkan keluaran bahan komoditi itu, memenuhi aspirasi gagasan pembelaan kerajaan hari ini.
“ Tempoh yang lama sehingga sembilan bulan adalah waktu yang cukup untuk MPOB dan cawangannya memberikan penjelasan berhubung dasar dan peraturannya ke atas permohonan sedemikian, apalagi sebuah badan koperasi milik rakyat di kawasan ini, sebahagian langkah membebaskan mereka daripada kemiskinan,” katanya sambil mengulangi kawasan Kinabatangan adalah daerah yang termundur dalam negara.
Sebaliknya, surat penolakan dari MPOB itu yang hanya dikeluarkan selepas pihaknya berulang kali meminta penjelasan ‘hitam putih’ untuk dijelaskan pada mesyuarat agung koperasi itu, kata Saddi, kandungannya jelas mengambarkan bahawa Ko-Tanikan sudah melakukan kesalahan besar sehingga permohonan itu ditolak.
Pada mesyuarat itu, satu usul dikemukakan seorang anggota, Awang Ahmad Haji Ongkang mendesak MPOB mempertimbangkan semula permohonan Rem koperasi itu, memberi tahu, surat jawapan badan itu hanya diterima lima hari sebelum mesyuarat itu.
Katanya, permohonan awal dihantar ‘dengan tangan’ ke Ibu Pejabat MPOB di Kelana Jaya sejak bulan Mac lalu namun tidak ada sebarang jawapan sehingga disusul permohonan kedua bulan Ogos secara Online. Penolakannya dimaklumkan pejabat MPOB di Kota Kinabalu sesudah Ko Tanikan berulang kali memohon penjelasan mengenainya.
Awang Ahmad juga mendesak MPOB dan kementerian terlibat supaya aktif ke Sabah termasuk ke Kinabatangan, seperti dilakukan Datuk Anifah Haji Aman ketika menjadi Timbalan Menteri (komoditi) bagi memperjelaskan pelbagai peluang dan keutamaan yang diberikan kerajaan pusat kepada rakyat Sabah.
Dalam pada itu, Saddi dalam ucapannya menyarankan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia agar mempertimbangkan pinjaman modal pusingan bagi menggerakkan beberapa perniagaan yang sedang dirancang koperasi pimpinannya.
“ Untuk menjayakan projek-projek kecil ekonomi koperasi ini, saya sedang memikirkan untuk menggunakan peruntukan Adun bagi tujuan itu. Namun ianya perlu melibatkan kerjasama di kalangan penduduk setempat,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah SKM Sabah, Haji Saiful Bahri Haji Omar berkata, pihaknya akan mengambil perhatian terhadap beberapa cadangan Ko-Tanikan dalam menjayakan beberapa projek perniagaannya, diikuti hasrat memberi peluang kemahiran dan pendedahan perniagaan kepada anggotanya berterusan.
SKM Sabah, katanya, turut merancang untuk mengadakan lawatan termasuk ke Indonesia pertengahan tahun depan dan menjangkakan Ko-Tanikan disenaraikan pada program itu bagi menambah pengetahuan perniagaan ahli-ahlinya.
Selesai.