![]() |
Saddi
meninjau bangunan KAFA Mengaris yang perlu dipindah ke tapak lebih sesuai
|
![]() |
| Gambar bertemu rakyat |
![]() |
Meninjau
cadangan projek membuat perigi Batu Kampung Mengaris
|
![]() |
Meninjau
bangunan Pusat penyimpanan air Paris yang boleh siap
|
![]() |
Meninjau
bangunan kedai Sedcovest di Paris 1
|
Ahli Dewan Undangan negeri
kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mahu semua projek pembangunan yang
sudah dalam perlaksanaan di kawasan ini
dikendalikan mengikut jadual bagi membolehkan rakyat dapat menikmatinya dalam
masa terdekat.
Katanya, beberapa keperluan utama seperti projek perpaipan bekalan air daripada Loji Mengaris-Kampung Paris dan Loji Mengaris –Gumantong Jaya, diikuti projek pembaikan jalan-jalan kampung dan rumah-rumah ibadat di kawasan ini perlu disiapkan untuk kemudahan rakyat.
“Yang jelas, masih terdapat kelewatan dalam projek pembinaan pusat penyimpanan air di kawasan Kampung Paris 11. Kedudukan penyiapan projek hanya sekitar 60 peratus itu bakal mengakibatkan masyarakat termasuk para peniaga di sekitar kawasan itu lewat menerima bekalan.
“ Demikian juga kemudahan asas lain seperti menaiktaraf tapak perumahan kawasan pemindahan Banjir di Kampung Mengaris. Saya difahamkan pihak kerajaan sudah mengeluarkan sebahagian dari peruntukan projek itu tetapi belum memperlihatkan perubahan besar dalam menaiktaraf tapak berkenaan. Saya berharap tumpuan kerja oleh kontraktor terbabit diperhebatkan demi kegunaannya yang amat diperlukan rakyat,” katanya.














