Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Kelengkapan rondaan yang cukup mampu elak penculikan



SUKAU 16 MEI:   Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan penyediaan kelengkapan rondaan pasukan keselamatan khususnya polis dan tentera akan berupaya mempertingkatkan pengawasan keselamatan di kawasan perairan termasuk di dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau yang berhadapan Bandar Sandakan.

Beliau berkata, dengan adanya kelengkapan peralatan  diperlukan itu, ia bukan saja boleh menghalang sepenuhnya aktiviti penculikan sebagaimana yang pertama kali berlaku di Restoran Ocean King yang melalui kawasan perairan berkenaan, tetapi aktiviti penyeludupan barangan dan pendatang tanpa izin yang masih terbukti di kawasan Bandar Sandakan.

“ Apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berhubung dengan kekurangan peralatan kelengkapan rondaan di kawasan pintu masuk perairan Sandakan memang benar.


“ Kekurangan tersebut telah sekian lama ‘dibaca’ oleh pihak penjenayah laut seperti para penyeludup dan penculik yang sudah mula menggugat ketenteraman awam di sebelah sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian penculikan ke atas dua individu berbangsa Cina yang seorang darinya kakitangan Restoran Ocean King, Thien Nyek Fun, 50 dan Bernard Ghen Ted Fen, 39 Tahun di restoran berkenaan pada kira-kira pukul 7.45 malam 14 Mei lepas.

Saddi berkata demikian selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pulau Lubukan, Puan Syarmillah Abdillah dan pasangannya, Ahmad Subri Masidin yang terletak dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau, Kinabatangan berhadapan bandar Sandakan di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyrakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Dasran Dahlan dan para pemimin masyarakat kawasan Dun Sukau. Mereka disambut oleh Pengerusi JKKK berkenaan, Abdillah Nahar dan Ketua Kampung, KK Mustapha Piasin.

Khamis lepas, Datuk Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri ketika diminta mengulas kejadian penculikan itu berkata kekurangan peralatan bot rondaan dan pemintas serta anggota pengawasan yang mencukupi adalah salah satu kekangan bagi menghalang kejadian penculikan yang dirancang oleh kumpulan penjenayah itu.

Datuk Saddi pada persidangan Dewan Undangan Negeri di awal lepas telah turut menyuarakan keperluan penambahan peralatan dan anggota pasukan keselamatan di sepuluh kawasan perairan ESSZON termasuk dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau, Kinabatangan.

Saddi berkata, penambahan peralatan dan anggota berkenaan salah satu usaha untuk menghalang pencerobohan pengganas sebagaimana berlaku di Pulau Tondou, Lahad Datu yang turut mengorbankan 10 kakitangan pasukan keselamatan yang menghalang pencerobohan penjenayahah itu pada awal tahun 2012 lepas.

“ Sudah tentulah apabila kawalan keselamatan di kawasan perairan Semporna dan Lahad Datu sudah diperketatkan, maka kumpulan penculik ini sentiasa akan mencari ruang dan peluang membolosi mana-mana kawasan Esszon yang masih ‘terbuka’ bagi melaksanakan aktiviti penculikan dan pencrobohan mereka,” kata Saddi.

Pada majlis perkahwinan tersebut, Saddi juga telah turut mengambil peluang menasihat kepada semua penduduk nelayan di kawasan persisiran pantai tersebut supaya berhati-hati dalam menjalani kehidupan hadian mereka, seterusnya mematuhi segala peraturan yang dikenakan pihak berkuasa keselamatan khususnya Kawasan Keselsamatan Khas Pantai Timur atau ESSCOM.

“ Walaupun ada kalanya kita melakukan aktiviti sambutan seperti meraihkan majlis perkahwinan seperti hari ini, namun kita perlu berhati-hati dan perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa keselamatan yang terdekat.


“ Langkah keselamatan ini penting supaya aktiviti seperti ini tidak diambil keselamatan oleh kumpulan penjenayah seperti perompak dan penculik yang sentiasa mencari peluang,” katanya.