Perkampungan kecil nelayan
ini dikenali dengan nama Kg Terusan Buang Sayang oleh penduduk sekitarnya.
Dengan jumlah penduduk seramai +-65 orang serta bilangan rumah kediaman 11 buah
termasuk 7 buah rumah PPRT dengan sebuah surau, perkampungan ini boleh
dihubungi dengan melalui bot kurang dari 5 minit dari jeti Kg Buang Sayang.
Pada 15.05.2015 sekitar jam 9 pm sebuah
rumah PPRT rebah menyembah bumi ketika air sedang pasang penuh menyebabkan 7
sekeluarga hilang tempat berteduh dengan sekelip mata.
Ketika kejadian, pemilik
rumah Puan Nurah Tautu, seorang balu berumur 65 tahun bersama anak lelakinya,
menantu serta 3 orang cucu berumur 1 tahun, 4 tahun dan 6 tahun baru sahaja
selesai menyiapkan makan malam mereka apabila rumah tersebut dengan tiba-tiba
senget sebelah dan air masuk ke dalam rumah.
Setelah bergelut beberapa
ketika untuk menyelamatkan diri, mereka berjaya tanpa sebarang kecederaan
ataupun kemalangan lebih buruk yang tidak diingini. Bagaimanapun beberapa
barang keperluan tidak dapat diselamatkan, dan mangsa kejadian kini menumpang
di rumah keluarga yang berhampiran.
Hasil siasatan mendapati,
kelemahan pembinaan struktur asas (foundation) rumah PPRT tersebut yang tidak
kukuh merupakan faktor utama/punca kejadian (tiang rumah mendap kedalam tanah
lumpur).