Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pemberian geran tanah kepada calon PAS bukti Saddi tidak pilih kasih




Calon Barisan Nasional (BN)  Dun Sukau,  Datuk Saddi haji Abdul Rahman menegaskan, hampir semua pemilik tanah di Kampung Batu Putih termasuk  Calon PAS, Haji Ahdah Sulaiman menerima geran tanah yang sudah dikeluarkan oleh  pihak Barisan Nasional (BN)

Beliau berkata, geran tanah yang sebahagian besar darinya berkeluasan antara 10 hingga 20 ekar dimiliki setiap pemohon diusahakannya untuk pengeluaran geran sejak diberi mandat sebagai wakil rakyat lima tahun lalu.

“ Saya berusaha merealisasikan harapan rakyat dalam pengeluaran geran tanah ini sejak tahun 2008. Alhamdulillah ianya hari ini telah menjadi kenyataan, “ katanya.

Menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Geran Tanah bagi sebahagian 80 orang pemohon yang juga penduduk Kampung Batu Putih di Dewan Serbaguna Kampung perpaduan di sini, Saddi berkata, usaha tersebut mendapat sokongan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, sebuah agensi kerajaan negeri.

“ Pada hari ini, penduduk yang mendapat geran tanah dikeluarkan BN bukan saja kalangan rakyat di kawasan ini, tetapi juga pihak pembangkang yang juga calon PAS dan hanya segelintir rakyat  yang menyokong pembangkang.

“ Tetapi BN sentiasa bersikap adil, geran tanah berkenaan boleh dimiliki sesiapa juga rakyat negara ini. Tetapi percayalah, dokumen penting ini tidak berada di tangan rakyat jika tidak diusahakan pemimpin dan kerajaan BN,” katanya kepada lebih 400 pengundi yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis itu ialah dua mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Aklee haji Abbas dan Datuk Dr.Zaki Gusmiah. Semua 80 keping sijil geran tanah berkenaan disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Enck Mohamad Yusri.

Pihak pembangkang, kata Saddi, apalagi yang terus berusaha meracuni pemikiran rakyat memusuhi kerajaan dan pimpinannya dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13, tidak mampu menunaikan apa-apa janji dan tuntutan semasa rakyat kerana kedudukannya.

Selain turut memburuk-burukkan pemimpin BN serta kemajuan yang sudah dicapai hari ini, kata Saddi, pihak pembangkang hanya menyimpian angan-angan bahawa kononnya mereka (PR) akan mencapai kemenangan besar  dan memerintah Negara ini.

Namun rakyat, kata Saddi, jangan terpecaya dengan segala kata-kata pembangkang kerana rakyat di Negara ini khususnya dalam Dun Sukau dan Kinabatangan sentiasa mengenang segala jasa, khidmat dan pembelaan yang sudah dicurahkan kerajaan BN.

Saddi menengaskan, selain beliau akan berusaha untuk mempastikan geran tanah milik rakyat di kawasan ini dapat dikeluarkan dalam tempoh yang terekat, misi dan visi menjayakan pembangunan serta usaha melonjakkan ekonomi rakyat di kawasan ini akan beliau lakukan jika beliau diberi mandat dalam PRU ke 13.

Antara usaha pembangunan sosioekonomi yang beliau tumpukan ialah menerusi pengujudan Pekan Baru Sukau, Bandar Bio Diversiti yang sudah diluluskan kerajaan tiga tahun lalu yang bakal berperanan menjadi pusat pentadbiran Dun Sukau pada masa  hadapan.

Selain itu, katanya, perhatian kepada golongan rakyat samada yang melibatkan diri dalam bidang pertanian, perikanan dan pelancongan di beberapa kawasan di sini tetap tidak beliau lupakan untuk menerima pelbagai perkhidmatan yang boleh  menyokong kemajuan mereka.

“ Yang penting, rakyat khususnya pengundi di kawasan ini memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional menjelang pembuangan undi 5 Mei ini dan ia bermaksud menyediakan satu landasan luas untuk kita membela dan memajukan rakyat,” kata Saddi.