Datuk Aklee Hj Abbas |
Datuk Dr Zaki Hj Gusmiah |
Azman Mastar |
Ustaz Ridwan Baharun |
Rakyat termasuk kalangan pemimpin veteran Umno di sini
mengesyorkan agar Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul
Rahman dapat disenaraikan sebagai salah seorang anggota Jemaah menteri dalam
senarai kabinet baharu Sabah kali ini.
Mantan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri,
Datuk Aklee Haji Abbas berkata, peluang untuk menyenaraikan Datuk Saddi wajar
kerana beliau bukan saja dapat mewakili kepentingan masyarakat luar bandar di sini bagi menyerlahkan perubahan
pembangunan, tetapi juga mengisi peluang masyarakat ‘orang Sungai’ di Sabah.
“Di tambah lagi dengan kemenangan majoriti mencapai lebih
dua kali ganda dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lepas iaitu 4,419 undi, membuktikan wakil rakyat ini sudah diterima
rakyat khususnya kalangan pengundi muda di kawasan itu,” katanya.
Maka kalau di masa yang lepas, kata Aklee, wakil rakyat
mewakili kawasan ini diberi tempat sebagai Pembantu Menteri, tidak salah kali
ini Saddi diberi peluang menjawat jawatan menteri penuh diberikan, sebagai
membalas sokongan rakyat kawasan ini sebagai salah satu kuat Barisan Nasional
(BN), di Sabah.
Syor itu turut dipersetujui mantan Adun Sukau dan Pembantu Menteri,
Datuk Dr. Zaki Haji Gusmiah dengan mensifatkan Saddi sebagai tenaga muda yang
sudah tentu mampu menggalas tanggungjawab dalam membantu membangunkan rakyat
termasuk Dun Sukau.
“Saya fikir kalau
beliau diberikan peluang menggangotai jamaah menteri negeri misalnya, peluang
itu sudah tentu menjadi satu sejarah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh
rakyat Sukau dan Kinabatangan, “ katanya.
Katanya, sokongan padu yang begitu kuat diberikan oleh masyarakat
luar bandar termasuk di Dun Sukau dan Kinabatangan kepada BN pada PRU 13, kata
Dr. Zaki perlu mendapat ganjaran itu bagi memberikan dn semangat kepada rakyat
di sebelah Pantai Timur Sabah.
Untuk rekod, kedua-dua mantan wakil rakyat Dun Sukau ini
memberikan sumbangan besar dalam membantu menjayakan kempen Saddi
sepanjang PRU 12 dan PRU 13.
Sebelum dua wakil rakyat itu, Kolnah Ghani pernah menjawat
jawatan Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat,
sebelum jawatan yang sama turut disandang oleh Saman Ghulam.
Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan merangkapkan Timbalan
Pengarah Pilihanraya kawasan itu pada PRU 13, Azman Haji Mastar berkata,
peranan membantu memajukan kawasan seluruh Kinabatangan dan sekitarnya dapat
diperhebatkan jika Saddi diberikan peluang ke kabinet negeri.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Kinabatangan, Awang Ahmad Haji Ongkang berkata, harapan wakil rakyat itu
menunaikan blue print pembangunan Dun Sukau termasuk menjayakan pembangunan
dalam Pekan Baru Sukau, Bandar Bio Diversiti sebagai pusat pentadbiran dan
ekonomi kawasan itu tujuh tahun dari sekarang akan jadi kenyataan.
“Saddi telah berupaya melepasi kriteria sebagai
‘calon boleh menang’ (winible candidate) dalam PRU 13, berasaskan kerjasama
parti dan sokongan rakyat.
“ Namun dengan kepercayaan diberikan, wakil rakyat ini boleh
menyerlahkan lagi bakat dan peranan beliau termasuk dalam membantu menjayakan lanskap
kepimpinan dan pembangunan negeri, semata-mata menghargai rakyat kawasan ini,”
kata Awang Ahmad yang menyifatkan
pendekatan drastik membangun Sukau, boleh
diadaptasi Saddi bagi menjayakan visi
dan misi Halatuju Pembangunan Sabah yang
diilhamkan Ketua Menteri 10 tahun lalu, ke arah menjadikan Sukau sebahagian
negeri maju pada tahun 2020.
Seorang lagi bekas calon PAS dalam PRU ke 11 lalu yang kini
menjadi Ketua Anak Negeri dalam Dun Sukau, Ustaz Ridwan Baharun berkata, peluang yang diberikan kepada
Datuk Saddi menggangotai kabinet boleh menyemarakkan semanagat anak-anak muda
di kawasan luar bandar Pantai Timur Sabah untuk memberikan sokongan padu kepada
kerajaan BN pada masa depan.
“Pada saya dari segi pendidikan, malah pengalaman sebagai Penolong Pegawai Daerah
dan wakil rakyat satu panggal, selain keupayaaan Saddi menjadi Pengerusi
beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam tempoh itu, ditambah serius dan tekitinya beliau dalam
menjalankan tanggungjawab, Datuk Saddi wajar diberi peluang menyertai kabinet
baru negeri kali ini,” katanya yang
mensifatkan kecenderungan wakil rakyat itu mempengaruhi golongan muda menyokong
BN sejak menjadi wakil rakyat, bukti
kemenangan besar beliau baru-baru ini.
Pemimpin masyarakat yang juga Bekas Ketua Daerah dalam
kawasan Dun Sukau pada zaman PBS, Halik Datu OKK Ogi berkata, semangat bekerja
dengan rajin dan tekun, serta bersikap menghormati rakyat sudah dimiliki oleh
Saddi melayakkan beliau untuk diberi peluang menggangotai kabinet.
“Dari segi stail kepimpinan dan disiplin bekerja dia (Saddi)
sudah memilikinya, maka saya penuh percaya beliau mampu memikul tanggungjawab
jika diberi kepercayaan dan peluang” kata Halik.