Saddi menyampaikan ucapan.
Saddi menyampaikan cenderahati kepada para pemenang dalam acara pertandingan kebersihan taman perumahan bukit permata, kota kinabatangan.
kakitangan yang terlibat memberi penerangan sambil di perhatikan oleh saddi dan Dr Johari.
Saddi menyampaikan cenderahati kepada para pemenang dalam acara pertandingan kebersihan taman perumahan bukit permata, kota kinabatangan.
kakitangan yang terlibat memberi penerangan sambil di perhatikan oleh saddi dan Dr Johari.
Cuma 10 minit kata Saddi, sambil di perhatiakn Dr Johari.
SUKAU :
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, peranan padu dan berkesan pihak berkuasa tempatan, ditambah dengan sokongan ramai adalah kunci utama terhadap usaha memerangi wabak denggi di negara ini.
Katanya, dengan usaha bersungguh-sungguh pihak berkuasa tempatan termasuk keupayaan menyuntik kesedaran penduduk termasuk di taman-taman di dalam Bandar yang kerap menjadi sasaran wabak tersebut, isu Aedes yang sedang meningkat di klebanyakan tempat di negara ini pasti dapat dikurangkan.
“ Saya turut menggesa supaya keprihatinan terhadap wabak ini turut dapat diterjemahkan oleh Pejabat Majlis Daerah Kinabatangan (MDK). Mereka yang menerima amanah kerajaan perlu bertindak mengindahkan Taman Bukit Permata, satu-satunya taman perumahan di kawasan Kota Kinabatangan.
“ Pejabat ini (MDK) bukan saja memiliki peruntukan yang cukup untuk tugas ini, tetapi kakitangannya perlu merancang dan mempastikan kawasan taman yang satu-satunya melibatkan pelaburan kerajaan ini memberi kebaikan dan keuntungan kepada semua pihak,” katanya.
Berucap merasmikan Program Jom Ganyang Aedes Peringkat Daerah Kinabatangan di taman berkenaan, beliau merasa kecewa kerana program itu tidak dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MDK untuk melihat secara jelas masalah kesihatan dan keselamatan rakyat melalui program berkenaan yang julung-julung kalinya diadakan di kawasan itu.
“ Saya faham kalau Pegawai Daerah yang baru tidak dapat datang. Tetapi kenapa tidak pegawai-pegawai yang lain bagi menjayakan program kesihatan peringkat daerah ini.
“Isu Aedes adalah masalah nasional. Kerajaan pula, khususnya Barisan Nasional (BN) tidak ada kompromi jika wabak seperti ini boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat.
“ Jika mereka sudah enggan berkhidmat dan sukar melayani tuntutan kesihatan rakyat dalam konteks dasar kerajaan hari ini, mereka tahu jawapannya,” katanya pada majlis anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan itu.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Johari Awang Besar, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman, Cdonya, Amirudin Mohd Damit dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk taman itu, Awang Haji Anoi serta para pemimpin masyarakat setempat.
Dengan merujuk kepada masalah semak samun di taman itu, diikuti sistem perparitannya yang tidak terurus, selain kemudahan rekriasi rakyat tidak memberi keselesaan kepada para penghuninya, Datuk Saddi berkata, ia bakal memberikan kesan kesihatan yang buruk seperti serangan wabak demam denggi kepada penghuninya bila-bila masa.
“ Jika kita boleh membina kemudahan seperti “driving range’ (tempat mempelajari sukan golf) di kawasan ini, kenapa tidak kita turut mengindahkan satu-satunya taman perumahan seperti ini,” katanya.
Dalam konteks ekonomi, kata Saddi, pihak berkuasa tempatan mampu meraih hasil cukai daripada penduduk taman itu jika prasarana taman yang disediakan memuaskan, sekaligus memberikan contoh yang baik kepada pihak swasta melabur di bidang perumahan dan hartanah di daerah tersebut.
Bagaimanapun, tambah wakil rakyat Dun Sukau itu, masalah status tanah di sekitar Pekan Kota Kinabatangan yang belum selesai, selain peranan MDK untuk tidak bersikap proaktif menyelesai masalah pengurusan sedemikian adalah sebahagian halangan ke arah menjayakan
‘pengurbanisasian’ pekan Kota Kinabatangan itu dalam konteks pembangunan mapan. Saddi menyarankan agar rungutan para penghuni taman berkenaan berkaitan status taman perumahan milik Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) di Taman Bukit Permata itu perlu turut segera diselesaikan pihak MDK, demi kebaikan bersama.
Seiring dengan itu, Saddi menggesa masyarakat di seluruh Dun Sukau termasuk mendiami kawasan persisiran pantai berkerjasama terutama kepada Jabatan Kesihatan Daerah, selain sedia meluangkan masa seminima 10 minit bagi memusnahkan sebarang ancaman penyakit, termasuk kewujudan nyamuk Aedes di persekitaran mereka.
Dr. Johari dalam ucapannya menjelaskan, wujudnya pembiayakan nyamuk aedes di kawasan taman perumahan itu bakal membahayakan para penghuninya, termasuk sebahagian dari kakitangan kerajaan dan swasta yang berkhidmat di kawasan itu.
“ Memang belum ada serangan demam dinggi yang serius. Tetapi jika kita tidak mulakan sekarang melalui program “Jom Ganyang Aedes’, sudah pasti kita sukar untuk mencegah wabak ini terbukti mampu membunuh mangsa secara senyap dalam masa paling singkat.
Dr. Johari kemudian bersama para penduduk taman itu mengiringi wakil rakyat itu untuk meninjau kawasan serta kesan yang telah menjadi tumpuan aedes di taman itu.
Selesai.