Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Berita Lawatan Datuk Saddi ke kawasan banjir kg Tidung & Kg Litang


Datuk saddi menyampaikan sumbangan kepada penduduk kg.



Datuk Saddi berbual denagn golongan wanita yg merupakan pengundi BN dikawasan itu dan mengharapkan bantuan beliau.



Datuk Saddi menyampaikan ucapan.




Saddi (tengah) ketika melihat perkembangan banjir di Kampung Tidung dengan diiringi penduduk dan kakitangan UPKR Sukau.


SUKAU:

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, Jawatankuasa makmal tanah yang diwujudkannya di bawah Unit PKR dua bulan lepas sudah mula mengesan kedudukan tanah yang diperuntukkan kerajaan kepada rakyat di kawasan ini untuk digunakan bagi tujuan penempatan semula dan pembangunan.

Katanya, antara kawasan tanah itu seluas 300 ekar terdapat di Kampung Tidung, dalam mukim Litang. Ianya boleh dibangunkan sebagai kawasan perlindungan banjir yang kerap melanda penduduk kawasan itu.

“ Namun Jawatankuasa khas ini akan meniliti kedudukan tanah dimaksudkan. Jika ianya belum diterokai dan mampu digunakan untuk menwujudkan perkampungan selamat, saya akan panjangkannya kepada pihak kerajaan,” katanya.

Memberikan ucapan ringkas pada majlis menyampaikan bantuan banjir kepada 91 buah keluarga mewakili Kampung Tidung dan Kampung Dagat di Balairaya Kampung Tidung kelmarin, Saddi berkata, rakyat di kawasan Dun Sukau sebahagiannya masih mempunyai pilihan agar berupaya mengelakkan diri dari kejadian banjir Kinabatangan yang berlaku saban tahun.

Antaranya, rakyat terlibat harus bersedia menerima seranan kerajaan untuk berpindah ke kawasan penempatan baru yang selamat dan sesuai untuk memulakan penghidupan.

Sebagai contoh, katanya, kawasan Pekan Baru Sukau yang turut ditawarkan Saddi kerajaan bagi membina penempatan baru untuk tujuan perlindungan bencana banjir.

“ Selainnya, rakyat juga harus meningkatkan keupayaan masing-masing khususnya dalam meningkatkan kemajuan ekonomi seiring harapan negara, supaya mengurangkan pergantungan kepada kerajaan ketika menghadapi bencana sedemikian.

“ Kerana dengan kedudukan ekonomi yang lebih baik rakyat bukan saja boleh mendirikan kediaman di kawasan tanah sesuai, tetapi mampu menyokong kerajaan menjayakan pembangunan terancang dalam konteks menghadapi krisis dan bencana,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Jeffery Arifin sebagai mewakili Ahli Parlimen Kinabatangan, Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin, PKR Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman, CDO, Amirudin Mohd Damit dan Pemaju Mukim kawasan itu, Bahri Haji Omarmaya.

Kampung Tidung yang didiami lebih 100 penduduk, terletak lebih 200 km daripada Bandar Sandakan atau kira-kira hampir 4 jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Dalam pada itu, kata Saddi, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberikan pembelaan kepada rakyat di luar bandar, terutama dalam menghadapi bencana banjir yang sedang dihadapi dalam negara.

Katanya, nasib rakyat di dalam kawasan Mukim Litang itu tidak terkecuali termasuk menerima projek membina rumah kediaman, sebagaimana beliau cadangkan kepada pihak kerajaan selepas beberapa kali mengunjungi penduduk di mukim tersebut.

“ Malangnya saya amat kecewa, mereka yang diiberi kontrak membina di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mula dilihat gagal menyiapkan sejumlah rumah dimaksudkan. Kerana sejak bulan Ogos, 2010 hingga kini sebahagian besar rumah yang dibina baru dibawah 30 peratus siap.

“ Ada sebuah permohonan PPR di kampung ini milik saudara Jamal, pembinaannya baru di peringkat mendirikan tiang-tiang rumah. Sedangkan saya difahamkan, kelulusan dan peruntukan kerajaan terhadap perkara itu sudahpun dikeluarkan,” katanya.

Dengan memberi amaran kepada kontraktor terlibat menyiapkan projek yang dipertanggungjawabkan, Kata Saddi, tempoh sebulan diberikan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka (kontraktor) yang gagal demi kebaikan rakyat terlibat.

“ Jangan mereka (kontraktor) fikir saya tidak kenal mereka. Dalam kes seperti ini, kalau saya bertindak tegaspun adalah untuk rakyat. Saya tidak mahu rakyat diperbodohkan. Tambahan lagi ketika ini semua kita berjuang atas gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan,” katanya yang mendapat tepukan penduduk yang hadir.

Dalam pada itu, beliau juga mengulangi seranan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyalurkan bantuan kewangan banjir secara praktikal kepada mangsa terlibat di kawasan ini, tidak hanya selepas bencana itu berlaku berbulan-bulan.

Bantuan samada makanan, wang ringgit dan apa juga setidak-tidak disampaikan waktu mengalami bencana. Kerana mereka yang terlibat tentunya berusaha melakukan sesuatu untuk kebaikan dan keselamatan mereka waktu itu.

Menyarankan rakyat yang terjejas banjir agar dimaklumkan kepada pengetahuan kakitangan pejabat daerah dan UPKR Sukau, Saddi berkata, pemimpin yang angkuh dan mudah melupakan rakyat akan hanya dihukum oleh rakyat menjelang waktu pilihanraya.

Mengambil contoh kepada rusuhan rakyat di negara Mesir, Saddi menegaskan, hubungan baik di antara rakyat dan pemimpin dalam Dun Sukau akan memberikan faedah kepada masa depan pembangunan di kawasan ini, khususnya dengan limpahan pembangunan Pekan Baru Sukau yang sudah diluluskan kerajaan.

Katanya, cadangan membina sebuah jambatan kedua bagi menghubungkan rakyat dariada Pekan Baru Sukau ke kawasan mukim Litang akan memberi lonjakan ekonomi termasuk mampu mengujudkan sebuah rantaian ekonomi antara kawasan Dun Sukau dan daerah-daerah berhampiran.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak-anak mereka bergerak bebas ketika musim banjir bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku di kawasan ini.

Selesai.