Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PERUNTUKAN BINA MASJID PEKAN BARU SUKAU DITAMBAH

SUKAU:

Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana bersedia menambah peruntukan bagi menampung pembinaan masjid Pekan Baru Sukau.
Saddi berkata, pembinaan masjid itu,yang bakal menampung lebih 1,500 jemaah pada satu-satu masa, dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat. Dengan penambahan tersebut, katanya ia membolehkan masjid tersebut turut disediakan dengan beberapa kemudahan beribadah yang selesa serta keperluan dimasjid yangberperanan sebagai mercu tanda pekan baru itu.
Kerajaan pusat sedia menambah peruntukkan sebanyak RM3 juta dengan RM2 juta lagi telah diluluskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri MUsa Aman semasa pelancaran tapak Pekan Baru Sukau pada Julai tahun lalu, menjadikan nilai peruntukkan bertambah kepada RM5 juta.
"Saya berharap rancangan memulakan pembagunan di pekan baru ini pada awal rancangan Malaysia ke-10 yang sudahpun bermula awal tahun ini mendapat banyak keberkatan melalui pembinaan masjid ini, sekaligus dapat mengembirakan masyarakat Islam di seluruh DUN Sukau" katanya selepas meninjau tapak cadangan projek persekutuan itu bersama dua pegawai khas jabatan pembangunan sabah.
Turut bersama lawatan itu, penolong pegawai daerah Kinabatangan en Arisin Arifin, pemaju masyarakat Nasrah moksin, pemaju mukim bahri omar maya, pengerusi JKKK kg Sukau Azahari Ranggon dan Ketua kampung hj Sharon selain WKAN Hj Jukrana Hj Zakaria.
Dalam masa sama, pegawai khas tersebut turut menerima cadangannya bagi membina sebuah kemudahan Dewan masyarakat di tapak pekan itu yang bernilai RM4 juta. Katanya, pembinaan bagi sebuah bangunan dewan amat diperlukan terutama sebagai pusat penempatan sementara penduduk yang menghadapi masalah bencana banjir di daerah kinabatanagn hampir setiap tahun.
"selain menjadi mercu tanda paling penting, bagunan masjid an dewan ini kelak merupakan kemudahan asas yang penting dalam menghimpunkan penduduk kampung sukau dabn kampung -kampung berhampiran apabila diperlukan, tidak termasuk menjadi venue bagi program-proram rasmi kerajaan" katanya.
Saddi juga mencadangkan beberapa agensi yang terlibat dalam menjayakan pembangunan dalam RMK10 sudahpun bermula.
Dalam pada itu, saddi mengingatkan seluruh rakyat di kawasan kampung sukau supaya terus memberikan kerjasama padu dalam menerima pembagunan di kawasan pekan itu.