Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

RM 1,000 UNTUK DAPAT RAWATAN


HARIAN ESPRESS : 14/01/2011/ JUMAAT:


By : Hayati Dzulkifli


Perkhidmatan klinik terapung dsabah harus dipercepatkan untuk memenuhi keperluan segera bagi penjagaan kesihatan terutamanya di pendalaman dan kawasan terpencil. membuat gesaan itu, adun Sukau datuk Saddi Abdul Rahman berkata, klinik terapung yang dicadangkan di Sunagi Kinabatangan itu tepat pada masanya kerana terdapat banyak kampung disepanjang sungai itu yang tidak mendapat perhatian perubatan.


Datuk saddi berkata, beliau yakin ini merupakan pendekatan berkesan untuk menyelesaikan keperluan penjagaan kesihatan di kampung- kampung sepanjang Sungai Kinabatangan. Sebagai contoh, Kg. Tundonbuangin adalah antara kampung terpencil di sepanjang pantai Sukau dimana penduduknya perlu menaiki bot dan membayar RM 1,000 untuk pengangkutan ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.


" Perjalanan dari kampung- kampung tersebut ke pusat pekan mengambil masa antara 2 hingga 3 jam. "Jika penduduk tidak mempunyai RM 1,000, maka mereka tidak akan boleh mendapatkan perhatian perubatan yang diperlukan. dengan itu, terdapat beberapa kes wanita yang meninggal dunia selepas melahirkan di kampung- kampung kerana mereka tidak mampu untuk membayar kos pengangkutan yang tinggi itu.


"Jadi klinik sungai atau klinik terapung yang dicadangkan itu boleh menyelamatkan nyawa." Kata Datuk saddi. Yang berharap cadangan itu akan menjadi realiti tidak lama lagi. " Saya nampak cadangan pewujudan klinik sungai dan penyediaan ambulans pacuan empat roda di Sungai Kinabatangan itu dalam akhbar hari ini.


" Sebagai Adun bagi Sukau, saya sungguh gembira kerana klinik yang dicadangkan itu akan menyelusuri sungai tersebut untuk menyediakan khidmat perubatan dan penjagaan kesihatan kepada kampung- kampung disitu. " saya mengalu- alukan cadangan itu kerana terdapat beberapa kampung terpencil di Kinabatangan yang tidak boleh di hubungi jalan raya dan keadaan ini menyukarkan penduduk kampung mendapatkan perhatian perubatan.


" Lagipun beberapa permohonan yang dibuat untuk menyediakan klinik kesihatan luar bandar di kawasan Kinabatanagn tidak dipertimbangkan," katanya, Khamis. Sebelum ini dilaporkan Sabah akan mempunyai sebuah klinik sungai atau klinik terapung dan ambulans pacuan empat roda tidak lama lagi sebagai sebahgian daripada usaha kerajaan meningkatkan lagi khidmat perubatan dan peniagaan kesihatan di kawasan luar bandar.


Pengarah kesihatan Sabah Dr Mohd.Yusof Ibrahim berkata, jabatannya sedang menyediakan cadangan itu dan meneliti spesifikasi bagi klinik terapung itu yang di anggarkan menelan kos RM 400,000 hingga RM500,000. Katanya, mereka akan mencadangkan supaya klinik itu digunakan di sepanjang Sunagi Kinabatangan, mungkin dalam masa satu mingu untuk melawat semua kampung di sepanjang sunagi itu dan kemudian kembali ke stesennya pada hujung minggu.


Dr Mohd Yusof berkata, klinik terapung yang dicadangkan itu akan dikendalikan sekumpulan kakitangan seperti dalam konsep klinik 1Malaysia dan diketuai seorang penolong pegawai perubatan. Seorang doktor juga mungkin akan turut serta dari semasa ke semasa.