Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PROJEK SALUR AIR BAWAH LAUT KE PULAU TG ARU SIAP JUN





Siaran Akhbar daripada Pejabat DUN Sukau. (daily on 11/01/2011)


1. Datuk Saddi meronda pesisir pantai Tanjung Aru bagi meninjau pembinaan projek sambil mendengar taklimat Ir Ishar dan pemimpin Kampung Tanjung Aru.
2. Saddi bergambar dengan sebahagian rombongan berlatar belakangkan Bandar Sandakan dan Pulau Berhala.
3. Kerja-kerja pem binaan ka bel air dasar laut sedang dilakukan kakitangan kontraktor yang dipertanggunjawabkan.


SUKAU :

Lebih 1,000 orang penduduk di Tanjung Aru boleh diibaratkan bagai ‘menghitung minggu’bagi menantikan kehadiran sekitar 4,000 liter air sehari apabila projek yang menelan belanja RM14.2 juta menerusi program penyambungan kabel air dasar laut (sub marine cable ) siap dalam tempoh 24 minggu atau sebelum pertengahan bulan Jun ini.

Projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri yang dimulakan bulan Julai tahun lalu itu kini di peringkat 50 peratus siap dengan memulakan pemasangan paip dasar laut berteknologi HDPE bermula pertengahan bulan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman memberitahu, dengan adanya sistem penyaluran itu, loji penyimpanan bekalan air di pulau kurang 2 batu notika dari pusat Bandar Sandakan ini mampu menyimpan stok sehingga 1 juta liter air bersih dalam satu-satu masa untuk keperluan rakyat di kawasan tersebut.

“ Projek seperti ini adalah sejarah kepada perkhidmatan bekalan air bersih rakyat di Sandakan, khususnya dalam Dun Sukau dan ianya merupakan kedua yang pertama dilaksanakan di Sabah selepas Pulau Bum Bum di Semporna.
“ Saya sendiri merasa teruja dan bersyukur dengan adanya penyediaan projek bekalan air ini. Sekian lama kita merayu mendapatkan kemudahan asas rakyat di kampung ini kepada kerajaan negeri, ianya dijangka dapat disiapkan sebelum sepanggal tempoh pilihanraya saya berkhidmat sebagai wakil rakyat Dun Sukau,” katanya ketika melakukan lawatan kerja awal tahun 2011 di kampung itu.
Turut bersama beliau ialah serombongan kakitangan Jabatan Air Sandakan diketuai Jurutera Awam jabatan itu, Ishar Hamka Ismail yang sebelum itu memberikan taklimat ringkas kepada beliau berkaitan perjalanan projek tersebut.
Pengerusi JKKK Tanjung Aru, Ismail Haji Ahmad dan ketua Kampung, Haji Mangson Matusin turut serta dalam lawatan itu.
Datuk Saddi berkata, dengan adanya projek berkenaan tidak lagi akan menjadikan rakyat di kampung persisiran pantai ini menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan asas itu sepertimana yang dilalui mereka sejak negara merdeka.
Sebagaimana yang dilaporkan rakyat di kawasan itu, kata Saddi, adakalanya penduduk termasuk keluar ke Bandar membeli air serta mendapatkan air bersih daripada aliran air bukit Pulau Berhala yang mana kedua-dua kaedah tersebut memaksa penduduk menggunakan kos yang agak tinggi.
“ Penderitaan penduduk di kampung ini menyebabkan saya terus mengusulkan isu ini di Dewan Undangan Negeri berulang kali. Alhamudillah, sepanjang lawatan saya hari ini, semua penduduk menyuarakan rasa lega. Saya nyatakan kepada mereka, inilah cara kita menunaikan tanggungjawab dan berkerjasama,” katanya.
Ishar dalam pada itu turut memberi jaminaan penggunaan sistem pemasangan HDPE itu membolehkan penyaluran bekalan tersebut berjalan tanpa gangguan sehingga tempoh 15 tahun untuk kerja-kerja penyelenggaraan semula.
“ Inilah sistem penyaluran bekalan air bersih melalui dasar laut yang kita gunakan di negara ini. Sungguhpun demikian ia memerlukan kerja-kerja perlaksanaan yang teratur. Sudah tentu kejayaannya, akan memberi kesan perkhidmatan yang penting kepada Jabatan Air Sabah,” katanya.

Mengulas berhubung perkhidmatan bekalan air berkenaan, Datuk Saddi berkata, kemudahan tersebut akan menjadi landasan kepada beliau untuk membawa perubahan pembangunan kepada masyarakat nelayan di 15 buah kampung di kawasan persisiran pantai Dun Sukau.
Sebagaimana sebelum ini, katanya, beliau berhasrat untuk mengujudkan sebuah kawasan perkampungan nelayan moden dengan pelbagai kemudahan asas ekonomi di kawasan tersebut, sumber air bersih yang cukup adalah perkara utama ke arah cita-cita itu.
Menerusi gagasan mengujudkan perkampungan nelayan moden itu, kawasan persisiran pantai Dun Sukau itu bukan saja dapat dijana semula sebagai pusat perindustrian perikanan, tetapi juga menjadi sebahagian distinasi pelancongan penting di negeri ini.
“ Yang pentingnya, rakyat di kawasan persisiran pantai ini bersatu padu untuk menyokong gagasan dan matlamat kerajaan Barisan Nasional (BN) serta berkerjasama dalam perkara-perkara asas seperti mengatasi soal kebersihan dan mengindahkan persekitaran mereka, khususnya bermula di Pulau Tanjung Aru ini,” katanya.
Saddi kemudian mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menemui rakyat serta meninjau beberapa program pembangunan yang sedang berjalan di kampung tersebut.
Selesai.