Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

JTUPKR KAEDAH BELA RAKYAT DUN SUKAU


JTUPKR KAEDAH BELA RAKYAT DUN SUKAU: saddi

SUKAU, KINABATANGAN:

‘Dengan terlaksananya Jawatankuasa Tindakan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (JTUPKR) Setiap masalah yang berkaitan pembangunan dan sosioekonomi rakyat boleh dikenalpasti secara terperinci untuk disampaikan kepada kerajaan dan diselesaikan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman.

Beliau berkata, jawatankuasa ini bukan saja membolehkan setiap pemimpin di peringkat akar umbi mampu menunaikan tanggungjawab dengan berkesan, tetapi juga menjadi sebahagian ‘rangkaian pentadbiran dan pengurusan’ di bawah Unit Tindakan Daerah Kinabatangan yang lebih berkesan dalam pelbagai skop urbanisasi rakyat Dun Sukau.

“ Sudah tentu misi dan visi ini memenuhi aspirasi perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) di kawasan luar Bandar ini, sesuai dengan Konsep Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau mengatakan demikian pada ucapannya di majlis memberi taklimat pembentukan JTUPKR di Dewan Masyarakat Sandakan melibatkan 130 pemimpin badan JKKK dan kakitangan di bawah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri di Bilik Persidangan Dewan Masyarakat Sandakan, pagi kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah pegawai-pegawai kanan Pejabat Daerah Kinabatangan, Ketua Daerah Kinabatangan, Titing Putang dan para pemimpin badan bukan kerajaan (Ngos) yang aktif bergerak di dalam kawasan Dun Sukau.

Saddi berkata, pengujudan JTUPKR itu dicetuskan di kawasan Dun Sukau berasaskan kepada hasil pernilaian beliau yang rapi sebagai wakil rakyat dalam tempoh hampir dua tahun melibatkan isu persempadanan (logistic) dalam bentuk persekitaran tadbirannya yang tersendiri, faktor-faktor pembangunan dan asas ekonomi rakyat menurut mukim yang tidak sekata, diikuti tuntutan dan jalinan geo-politik rakyat di bawah pemerintahan kerajaan BN kini yang masih memerlukan anjakan idealisma.

Jelas wakil rakyat itu, kedudukan kawasan Dun Sukau yang sebahagian darinya melibatkan 4 mukim (20 kampung) persisiran pantai ditadbir Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan sebahagian lagi (bahagian daratan), melibatkan empat lagi mukim (mewakili lebih 30 buah kampung) ditadbir di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan; mengujudkan pertembungan dari segi falsafah pentadbiran yang berbeza, focus serta reaksi penerimaan rakyat dalam sudut keadilan sosial (dalam konteks pembangunan dan ekonomi) yang tidak selari sehingga membawa impak politik kepada para pemimpin dan kerajaan pemerintah.

Difahamkan kawasan Dun 48 Sukau, Salah satu dari 60 buah kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri yang menduduki sebahagian kawasan Parlimen Kinabatangan (hampir 2,000 km persegi) terus mencatatkan ketidakkesimbangan antara program bantuan kerajaan, prospek perladangan dan pelancongan (dikuasai pelabur luar), diikuti hasil dan perkapita ekonomi rakyatnya yang terdiri dari kalangan penduduk termiskin di Sabah, walaupun kini mula dijana oleh beberapa kemudahan prasarana seperti jalanraya berturap sejauh 41 km ke kawasan Kampung Sukau.

Perbezaan aliran pemikiran rakyat kawasan ini yang berasaskan alasan disebutkan, mudah dilihat menerusi sokongan lebih 1,000 undi kepada calon pembangkang dalam setiap musim pilihanraya, diikuti proses migrasi penduduk ke kawasan Bandar untuk mencari perubahan hidup.

“ Saya telah berulang kali memberikan gambaran sebenar mengenai kawasan pentadbiran Dun Sukau ini kepada kerajaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Saya telah mencadangkan agar pengstrukturan semula pentadbiran di kawasan ini demi memberikan kepuasan perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan.”

Beliau turut menerangkan, rakyat boleh mengemukakan semula segala permasalahan mereka kepada para pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua mukim, sebelum masalah berkenaan didengar pada mesyuarat bulanan JTUPKR yang diadakan sebulan sekali.

Segala rungutan dan permintaan rakyat itu boleh disampaikan secara terus kepada Saddi menerusi laman blog http;www.dun48sukau.blogspot.com.my untuk tindakan wakil rakyat itu.

“ Maka saya yakin dan percaya dengan sistem dan pendekatan melayani keperluan rakyat, apa yang dipanggil kerajaan BN hari ini sebagai nadi rakyat dan hasrat menjuarai rakyat (dalam bentuk pengurusan pembangunan yang cekap) akan dapat dipenuhi dalam tempoh yang tidak terlalu lama,” katanya.

Kata beliau, misi dan visi yang terkandung dalam agenda kerajaan Sabah iaitu untuk mensifarkan kemiskinan dalam tempoh terdekat seterusnya untuk mengujudkan sebuah negeri Sabah yang maju menjelang 2015 boleh dihampiri menerusi percubaan mengujudkan JTUPKR itu.

Dalam ucapannya di majlis ini, Saddi merayu kepada semua pemimin akar umbi dan kakitangan kerajaan di kawasan ini supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, adil dan bertanggungjawab demi kebaikan rakyat di kawasan Dun Sukau.

“ Dengan adanya sistem tadbiran yang kita bentuk, dibantu oleh Dasar Halatuju Pembangunan Sabah, Gagasan Satu Malaysia ini dan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang kita akui, nampaknya kita sudah berada di atas landasan yang betul melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“ Kalau setiap seorang dari kita sanggup memikul amanah ini, bukan mustahil untuk sama-sama kita saksikan kemajuan Dun 48 Sukau dalam masa yang terdekat dalam aspek pembangunan diri, sosio-ekonomi dan politik yang memenuhi tuntutan kita.. Insyaalah,” katanya.

Pada majlis itu, Saddi turut memberi penjelasan kepada pemimpin terlibat dalam satu sesi dialog yang dipengerusikan beliau sendiri, melibatkan kakitangan UPKR yang diketuai oleh Sharin Haji Abdul Rahman dan Pegawai Pembangunanya, Amiruddin Mohd Damit.

Selesai.